|
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
|
|
|
|
|
1. |
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif sifat. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif sifat tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. |
|
|
|
|
|
Kerajaan Perpaduan, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyasarkan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara ke tahap lebih tinggi mulai Januari 2024. Anwar menekankan bahawa walaupun kemudahan asas di sekolah telah diperbaiki, prestasi murid masih tidak memuaskan. Beliau meminta Kementerian Pendidikan memberi fokus pada kualiti pendidikan dan mengajak persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk membantu meningkatkan perhatian ibu bapa terhadap ulang kaji anak-anak. Anwar menegaskan bahawa negara tidak akan maju tanpa peningkatan mutu pendidikan yang berterusan.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Kerajaan mula usaha tingkat mutu pendidikan mulai tahun hadapan'
oleh MoAr, Media Madani, 8 November 2023
[8 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti subjek dan prediket bagi ayat-ayat bergaris yang berikut. |
|
|
|
|
|
Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang kita seronok untuk melakukannya. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan sebagainya. Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk mengekalkan kesihatan. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara fizikal.
Dipetik daripada Garis Panduan Aktiviti Fizikal KKM 2017
http://www.myhealth.gov.my/kebaikan-senaman/
[6 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut semula. |
|
|
|
|
|
Pendidikan adalah aspek yang penting dalam kehidupan seharian. Walaupun banyak usaha telah diambil oleh pihak berkuasa, masih ada masalah yang tidak dapat diatasi dengan sempurna. Misalnya, kemudahan yang diberikan kepada sekolah-sekolah adalah tidak mencukupi dan guru-guru pula tidak diberi latihan yang mencukupi. Kita perlu mengkaji masalah ini dengan teliti supaya penyelesaian yang terbaik dapat dicapai. Oleh itu, usaha-usaha lain seperti peningkatan kualiti pendidikan dan penyediaan kemudahan asas perlu dilakukan dengan lebih serius. Kerajaan haruslah memastikan bahawa semua sekolah menerima bantuan yang secukupnya dan semua guru mendapat peluang untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.
[6 markah]
|
|
|
|
|
|
Dalam dunia yang serba moden ini, penggunaan teknologi semakin berkembang pesat. Oleh itu, banyak sekolah-sekolah telah mula menggunakan peralatan teknologi canggih dalam pengajaran mereka. Namun, masih ada beberapa sekolah yang tidak mempunyai kemudahan tersebut dan pelajar-pelajar mereka terpaksa menggunakan kaedah yang lebih konvensional. Ini menyebabkan kesenjangan dalam pencapaian akademik antara sekolah-sekolah yang berbeza. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu ini, termasuklah memberikan dana kepada sekolah-sekolah yang memerlukan. Walaupun begitu, terdapat juga kekurangan dalam pelaksanaan, seperti kekurangan latihan untuk guru-guru dan ketiadaan sumber yang mencukupi untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum.
[5 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. |
|
|
|
|
|
“Dalam masa yang lampau, ketika zaman kegemilangan kerajaan Melaka, segala urusan pemerintahan dijalankan dengan tertib dan teratur. Raja dan pembesar-pembesar sentiasa bersidang untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negeri. Oleh itu, segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan haruslah diikuti dengan penuh kesetiaan dan tanggungjawab.
[4 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Baca petikan di bawah dengan teliti, senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian bina ayat menggunakan peribahasa tersebut. |
|
|
|
|
|
Di dalam kehidupan ini, ada kalanya kita perlu menghadapi cabaran yang sukar. Dalam situasi seperti ini, kita harus ingat bahawa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Walaupun seseorang itu kelihatan tenang dan tidak menunjukkan apa-apa tanda, ia tidak bermakna dia tidak mempunyai masalah atau ancaman. Selain itu, kita juga perlu berhati-hati agar tidak menang sorak kampung tergadai. Janganlah kita terlalu ghairah dengan kemenangan kecil sehingga mengabaikan perkara-perkara penting yang lebih besar. Akhir sekali, jika kita ingin berjaya, kita perlu ingat bahawa bagai aur dengan tebing. Kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain adalah kunci kejayaan.
[6 markah]
|
|
|
|
|
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]
|
|
|
|
|
6. |
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. |
|
|
|
|
|
Kemajuan teknologi, khususnya dalam animasi multimedia, memainkan peranan penting dalam memajukan negara ke arah yang lebih maju. Animasi bukan sahaja membantu dalam pengembangan otak anak-anak tetapi juga menyediakan visual yang dinamik dan mudah difahami, terutamanya untuk kanak-kanak yang baru mula belajar. Dalam bidang multimedia, animasi menjadi elemen penting untuk meningkatkan daya tarikan program atau perisian, memandangkan ia menawarkan pengalaman visual yang lebih menarik berbanding klip video digital yang hanya memaparkan aksi sebenar. Perkembangan pesat dalam animasi berkomputer adalah disebabkan oleh penurunan kos perisian dan peningkatan keupayaan sistem komputer, yang memudahkan penghasilan animasi dan mendorong kreativiti.
Di Barat, animasi berkomputer telah berkembang pesat dengan penghasilan filem seperti How to Train Your Dragon dan Toy Story. Malaysia pula mula menarik perhatian dengan kemunculan kartun animasi tempatan seperti Upin Ipin dan Keluang Man. Walaupun animasi tempatan masih menghadapi kekurangan, usaha ini telah membawa pembaharuan dalam industri perfileman negara. Teknologi animasi yang semakin canggih ini menjanjikan perkembangan yang berterusan dalam pembuatan animasi dan memperkukuhkan industri kreatif Malaysia.
Petikan dan diubah suai daripada
'Kepentingan Pembuatan Animasi Dalam Kemajuan Teknologi Kini
oleh Sabah Creative Economy & Innovation Centre, 20 April 2021
|
|
|
|
|
|
Animasi, sering dianggap hanya berkaitan dengan kartun dan hiburan, sebenarnya melibatkan pelbagai bidang profesional termasuk seni bina, kejuruteraan, perubatan dan penerbangan. Mengikut definisi yang diberikan oleh Hassan Abd Muthalib, animasi adalah satu siri gambar yang apabila dipaparkan berturut-turut akan mencipta ilusi pergerakan. Namun, animasi tidak terhad kepada hiburan semata-mata. Dalam bidang sains, ia dikenali sebagai scientific visualization dan digunakan untuk simulasi seperti dalam persediaan menghadapi bencana atau analisis struktur bangunan.
Selain itu, animasi juga memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan melalui edutainment, yang merupakan medium interaktif untuk menarik minat pelajar. Bidang lain yang memanfaatkan animasi termasuk pengiklanan, filem, kandungan telefon mudah alih dan permainan video. Walaupun di negara maju, permainan video menyumbang besar kepada ekonomi, Malaysia masih dalam tahap awal dalam pembangunan kandungan permainan, walaupun berpotensi untuk berkembang pesat di masa hadapan.
Petikan dan diubah suai daripada
'Animasi Bukan Sekadar Kartun
oleh mStar, 18 Ogos 2011
|
|
|
|
|
|
(i)
|
Berdasarkan Bahan 1, apakah peranan utama animasi dalam bidang multimedia?
[2 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(ii)
|
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah faktor yang membawa kejayaan dalam filem animasi?
[3 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(iii)
|
Cerita-cerita animasi telah lama menjadi daya tarikan kepada masyarakat, dengan pelbagai watak animasi kegemaran sering dijadikan ikutan oleh sesetengah individu.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah siri animasi agar ia berjaya menarik perhatian masyarakat?
[3 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(iv)
|
Pada masa kini, kanak-kanak sering menonton pelbagai siri animasi melalui peranti mereka. Sebagai ibu bapa, anda mungkin merasa khuatir tentang kandungan siri animasi yang ditonton oleh anak-anak.
Sebagai orang dewasa, apakah langkah-langkah yang boleh anda cadangkan untuk memastikan kanak-kanak menonton animasi yang bermanfaat dan sesuai untuk mereka?
[4 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7. |
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. |
|
|
|
|
|
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran,
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban kewangan.
Pergi ke belukar memasang pukat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.
Turun ke ladang memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak,
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.
Singgah berehat di Kota Lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.
Dipetik daripada
antologi Kasut Kelopak Jantung
Kementerian Pendidikan Malaysia
|
|
|
|
|
|
Mengisahkan pengalaman aku melancong ke Turki dengan tujuan mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Walaupun banyak barangan menarik, aku lebih tertarik dengan buku daripada barang-barang hiasan lain. Aku telah memperuntukkan sejumlah wang khusus untuk cenderahati dan sedikit untuk kecemasan. Selain itu, aku juga menerima nasihat daripada pemandu pelancong mengenai cara berbelanja di Istanbul.
Proses membeli menjadi sukar kerana tiada tanda harga di kedai, dan harga hanya diberitahu jika ditanya. Ketika melintasi sebuah kedai jaket kulit, aku tertarik pada sepasang sarung tangan kulit hitam yang mengingatkan pada abangnya. Namun, aku tidak berani membeli kerana tidak mengetahui harganya. Rakannya, Hajah Normah dan Dr. Liza, berminat dengan jaket berwarna kuning keemasan yang murah, dan aku ikut masuk ke kedai tersebut. Walaupun dilayan mesra, aku merasa harga jaket kulit kijang terlalu mahal dan memutuskan untuk tidak membelinya. Keputusan aku membuatkan pekedai marah dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Di Egyptian Market, aku berhadapan dengan seorang remaja yang menjual barangan black market dan ditangkap oleh polis. Kemudian, semasa menaiki feri, seorang lelaki tua memberi sehelai jaket kulit hitam kepada Aku. Rakannya, Shahmeem, membeli jaket itu tetapi menjualnya kepada aku dengan harga diskaun kerana tidak sesuai dipakai. Aku menyedari jaket itu tidak praktikal untuk cuaca Malaysia dan memutuskan untuk menjualnya. Wang hasil jualan akan didermakan kepada zoo sebagai tanda penghormatan kepada kijang yang terkorban demi gaya hidup moden.
Dipetik dan diubah suai daripada
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(i)
|
Berdasarkan Bahan 2, apakah sebab sukar dalam proses membeli di Turki?
[2 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(ii)
|
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan pengajaran yang boleh diambil?
[3 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(iii) |
Sebahagian belia kurang pengetahuan mengenai perbelanjaan berhemat, yang menyebabkan mereka sukar untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Pada pandangan anda, mengapakah penting untuk kita berbelanja dengan berhemat?
[4 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(iv) |
Anda telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Namun, anda tidak menerima tajaan daripada mana-mana penaja.
Apakah langkah-langkah yang mungkin anda akan ambil untuk mengatasi masalah kewangan tersebut?
[4 markah]
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8. |
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. |
|
|
|
|
|
(i) |
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. |
|
|
|
|
|
Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun, dilihatnya Budiman keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya. Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyap senyap.
Dipetik daripada novel Bimasakti Menari
oleh Sri Rahayu Mohd Yusop,
Kementerian Pendidikan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan ciri-ciri istimewa kereta hibrid yang membuat Nurul Hafsa tertarik.
[4 markah]
|
|
|
|
|
|
(ii) |
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: |
|
|
|
(a) |
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib |
|
|
|
(b) |
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor |
|
|
|
(c) |
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin |
|
|
|
(d) |
Pantai Kasih karya Azmah Nordin |
|
|
|
(e) |
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip |
|
|
|
(f) |
Tirani karya Beb Sabariah |
|
|
|
(g) |
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop |
|
|
|
(h) |
Silir Daksina karya Nizar Parman |
|
|
|
|
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan masyarakat yang gigih.
[6 markah]
|
|
|
|
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
|
|
|
|
|
9. |
Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. |
|
|
|
|
|
Animasi merupakan satu seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yang kelihatan hidup ataupun realiti. Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 seiring dengan penubuhan Malayan Film Unit (MFU) yang menghasilkan dokumentari dan montaj-montaj untuk filem produksi sahaja. Kini, usaha memajukan bidang animasi diteruskan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) sebagai pemangkin bagi melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam industri multimedia kreatif.
Industri animasi mencapai tahap matang apabila produk-produk animasi tempatan menembusi pasaran negara luar. Fungsi utama animasi adalah dari segi hiburan. Animasi membolehkan seseorang itu lebih kreatif memandangkan perinciannya mesra pengguna. Hal ini menjadikan penghasilan animasi lebih mudah kerana bergantung pada tahap kreativiti seseorang. Antara kelebihan bidang animasi ialah animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Kini, Malaysia sudah membuktikan kepakaran rakyat tempatan dalam bidang animasi dengan penerbitan filem animasi berkualiti tinggi seperti Ejen Ali, Upin & Ipin dan Salahuddin The Animated Series. Buktinya, siri animasi Upin & Ipin dikatakan sebagai ikon kanak-kanak serantau serta pernah memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China pada 2019.
Seterusnya, animasi dapat membantu dalam proses pemahaman penghasilan karya digital. Animasi juga mampu membolehkan penonton fokus tentang jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan. Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa cabang animasi tidak berpotensi tinggi tetapi lebih tertumpu kepada siri animasi televisyen dan filem cereka animasi sahaja. Oleh itu, MDEC mempergiat promosi untuk menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global. Dalam Bajet 2022, kerajaan turut memperuntukkan RM 30 juta kepada industri animasi melalui Skim Padanan Pinjaman Pelaburan (SPPP) yang dikendalikan oleh MyCreative Ventures. Rumusannya, industri animasi tempatan berjaya membawa pembaharuan dalam industri perfileman negara dan berpotensi menjadi sumber ekonomi baharu.
Dipetik dan diubah suai daripada
"Perkembangan Animasi dalam Teknologi"
oleh Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah
Portal SCENIC, 20 April 2021
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
"Stigma dalam masyarakat yang menganggap animasi hanya berkaitan dengan hiburan semata-mata perlu dihapuskan, kerana ia melibatkan profesion yang serius seperti seni bina, kejuruteraan dan penerbangan. Sebenarnya, industri animasi di Malaysia mempunyai potensi untuk menjadikan ekonomi negara lebih dinamik. Perkembangan sektor ini telah mendapat sokongan daripada kerajaan. Saya yakin bahawa industri animasi mampu menonjolkan perlambangan budaya tempatan dan identiti kebangsaan ke pentas global." - Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Lim Kok Wing.
Dipetik dan disesuaikan daripada "Rebut Peluang Besar dalam Industri Kreatif," Malaysia Gazette, 24 April 2021. |
|
|
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
|
|