BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Soalan ini mesti dijawab.
|
|
Bahan rangsangan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
|
|

Media sosial dan internet berpengaruh kuat dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, secara signifikan bukan sahaja membentuk gaya hidup mereka, proses berfikir dan nilai diri bahkan fahaman politik mereka.
Satu kajian oleh Kajidata pada Julai yang menggunakan sampel rawak sebanyak 1,082 responden, mendedahkan bahawa 71 peratus rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp setiap hari sepanjang minggu, diikuti oleh Facebook (51 peratus), TikTok (49 peratus), Instagram (45 peratus), dan X (sebelumnya Twitter) pada kadar 30 peratus.
Akhbar Sinar Harian,
16 September 2023
|
|
|
BAHAGIAN B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.
|
|
Pilih satu soalan daripada soalan berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. |
|
1. |
Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini, ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ mencerminkan semangat perpaduan dan aspirasi kemajuan Malaysia sebagai negara berdaulat. Ungkapan ini menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai budaya, agama dan etnik, serta semangat bersama mencapai matlamat yang satu. Ini memerlukan nilai-nilai perpaduan, toleransi dan kerjasama dalam mencapai kegemilangan serta kemajuan demi kepentingan rakyat. ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ jelas menggambarkan semangat kemerdekaan dan usaha membentuk Malaysia merdeka.
Akhbar Kosmo, 6 September 2023
|
|
Maklumat tersebut menerangkan kepentingan perpaduan kaum dalam memajukan Malaysia. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini. |
|
|
2. |
Malaysia mencatat penurunan prestasi dalam ketiga-tiga domain literasi—membaca, matematik, dan sains—dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022. Penurunan ini dipercayai berkait rapat dengan impak pandemik COVID-19, yang mengubah secara drastik kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ketika pandemik, sistem pendidikan terpaksa beralih kepada pembelajaran dalam talian yang menyebabkan pelbagai masalah timbul. Akibatnya, pencapaian akademik pelajar Malaysia terjejas dan prestasi dalam PISA 2022 menunjukkan impak jelas daripada cabaran ini.
Sumber dipetik dan diubah suai: Berita Harian, 5 Disember 2023
|
|
Berdasarkan petikan di atas, huraikan cabaran pelajar menghadapi pembelajaran semasa pandemik. |
|
|
3. |
Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati 83.2% kanak-kanak berumur 5 hingga 17 tahun menggunakan internet, dengan 93% daripada mereka mengaksesnya melalui telefon pintar untuk komunikasi, media sosial, dan menonton video. Kanak-kanak di Malaysia melayari internet secara purata 19 jam seminggu, dan sembilan daripada sepuluh terdedah kepada pengalaman negatif. Penggunaan gajet berlebihan memberi kesan buruk kepada perkembangan motor halus, seperti otot jari dan tangan, serta boleh melemahkan sistem imunisasi akibat pendedahan radiasi yang tinggi sejak kecil.
Sumber dipetik dan diubah: Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
|
|
Sebagai respons terhadap petikan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak. |
|
|
4. |
Malaysia sedang menghadapi masalah beban berganda malpemakanan, dengan peningkatan kadar obesiti terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun, di mana 29.8% mengalami berat badan berlebihan dan obesiti (National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019). Obesiti kanak-kanak memberi kesan kepada kesihatan fizikal, mental, dan sosial, dan perlu diatasi melalui peranan keluarga yang mencipta persekitaran sihat untuk mencegah faktor obesogenik.
Sumber dipetik: Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara
|
|
Bincangkan punca-punca masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. |
|
|
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
|