| Jawapan: B |
| |
| Bagi menjawab soalan ini, beberapa langkah perlu dijalankan terlebih dahulu. |
| |
| Langkah 1: Menganalisis litar sama ada ianya berlitar sesiri atau berlitar selari |
| |
|
Menerusi rajah, kedua-dua perintang disusun dalam satu baris.
Hal ini membuktikan arus yang sama mengalir menerusi setiap perintang.
Maka, dapat dikenal pasti bahawa litar tersebut merupakan litar sesiri.
|
| |
| Langkah 2: Menghitung rintangan berkesan bagi litar sesiri |
| |
|
Bagi litar sesiri, rumus yang digunakan bagi menghitung rintangan berkesan adalah seperti berikut:
\(\begin {aligned} R_T &= R_1 + R_2 \\ &= 15 + 10 \\ &= 25 \space \Omega. \end {aligned}\)
|
| |
| Langkah 3: Menghitung arus bagi litar tersebut |
| |
|
Oleh kerana arus yang melalui perintang dalam litar sesiri adalah sama, maka rumus \(V_T = IR_T\) digunakan seperti berikut:
\(\begin {aligned} V_T &= IR_T \\ \dfrac {V_T}{R_T} &= I \\ I &= \dfrac {V_T}{R_T} \\ &= \dfrac {120}{25} \\ &= 4.8 \space \text A. \end {aligned}\)
|
| |
| |
| Justeru, jawapan yang betul adalah pilihan (B). |