Rajah di atas menunjukkan proses gutasi.
Gutasi merupakan proses yang diperlukan oleh tumbuhan renek untuk membuang lebihan air dalam bentuk titisan.
Antara contoh tumbuhan renek adalah pokok strawberi, rumput, gandum dan pokok tomato.
Gutasi hanya berlaku pada waktu malam sahaja.
Pada waktu malam, proses transpirasi tidak berlaku kerana stomata tutup.
Apabila tanah mempunyai paras kelembapan yang tinggi, air akan meresap ke dalam akar tumbuhan secara berterusan yang menghasilkan sedikit tekanan akar.
Tekanan akar menolak air untuk mengeluarkan air melalui hujung daun khas yang dikenali sebagai hidatod (liang) dengan membentuk titisan air.
|