Semasa bahan berasid diuji, hanya kertas litmus biru yang berubah warna menjadi merah.
Kebanyakan bahan berasid terasa masam dan mempunyai rasa terbakar ketika disentuh.
Contohnya, buah anggur, sos tomato, limau nipis, dan asam jawa.
Apabila bahan beralkali diuji, hanya kertas litmus merah yang berubah menjadi biru.
Kebanyakan bahan alkali terasa pahit dan terasa licin ketika disentuh.
Contohnya, kobis, air soda bikarbonat, telur putih, ubat gigi, dan air sabun.
Apabila bahan neutral diuji, tidak ada perubahan warna untuk kedua-dua jenis kertas litmus.
Bahan-bahan neutral mempunyai rasa yang berbeza seperti tawar, manis dan masin.
Bahan-bahan neutral mungkin terasa licin atau kasar ketika disentuh
Contohnya, air minuman, air gula, susu segar, air garam, air madu dan minyak masak.
|