- Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.
- Kita boleh membahagikan penggunaan penanda wacana dalam sesuatu ayat bertujuan untuk menimbulkan lima (5) maksud sebagaimana berikut:
- Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat.
- Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan.
- Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.
- Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya.
- Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.
- Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat:
Penanda Wacana |
Ayat contoh |
bagaimanapun |
Adik menangis apabila anak patungnya hilang. Bagaimanapun, tangisannya reda apabila dipujuk oleh ibu. |
biarpun demikian |
Hana gagal mendapat sebarang tempat dalam larian itu. Biarpun demikian, dia tidak pernah berputus asa. |
meskipun |
Dia tidak berganjak dari tempat duduk itu meskipun hujan turun dengan lebat. |
meskipun demikian |
Pak Nasrul telah bertemu dengan beberapa orang doktor pakar. Meskipun begitu, penyakitnya masih lagi berulang. |
namun |
Aiman menjerit dengan sekuat-kuat hati. Namun, tiada siapa yang mendengar. |
namun begitu |
Afiq memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang kurang faham dalam pelajaran. |
namun demikian |
Projek itu telah mendapat kritikan daripada sesetengah pihak. Namun demikian, pelaksanaannya tetap diteruskan. |
sebaliknya |
Azfar menuduh Hakim mencuri. Sebaliknya, dia yang berbuat demikian. |
sungguhpun demikian |
Fahmi seorang kanak-kanak yang cacat. Sungguhpun demikian, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. |
walau bagaimanapun |
Kami tidak mahu mengikut laluan itu. Walau bagaimanapun, itulah satu-satu jalannya ke sana. |
walaupun demikian |
Amirul mengulangkaji pelajarannya siang dan malam. Walaupun demikian, keputusannya tetap tidak memberangsangkan. |
walaupun begitu |
Zulkhairi sering makan. Walaupun begitu, badannya tetap kurus. |
- Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan:
Penanda Wacana |
Ayat contoh |
lagipun |
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya. Lagi pun, harga barangnya murah. |
lebih-lebih lagi |
Saya tidak dapat melihat dengan jelas. Lebih-lebih lagi, pada waktu malam. |
malah |
Razak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malah, dia turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan negeri. |
tambahan pula |
Rahim kurang gemar melihat pertunjukkan itu. Tambahan pula, diadakan pada waktu malam. |
- Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan:
Penanda Wacana |
Ayat contoh |
kesimpulannya |
Kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia dapat membantu menggembalikan perpaduan sesama kaum. |
tuntasnya |
Secara tuntasnya, aktiviti bersenam dapat memastikan kesihatan tubuh badan. |
oleh itu |
Virus Covid-19 mudah untuk merebak. Oleh itu, kita seharusnya mengikuti SOP yang diberikan. |
oleh sebab itu |
Fauzi seorang pelajar yang cemerlang. Oleh sebab itu, dia dipilih sebagai Tokoh Murid. |
- Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:
Penanda Wacana |
Ayat contoh |
kemudian |
Mula-mula masukkan sebungkus tepung gandum. Kemudian, masukkan pula lima biji telur. |
selanjutnya |
Datuk Ashraf menyampaikan ucapan. Selanjutnya, beliau merasmikan laman web sekolah itu. |
selepas itu |
Emak memasukkan adik ke dalam buaian. Selepas itu, adik pun tidur. |
- Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu:
Penanda Wacana |
Ayat contoh |
dalam pada itu |
Mak Timah mengambil upah membasuh kain. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih pada waktu petang. |
di samping itu |
Pihak polis telah mengetatkan lagi kawalan di Menara Jati. Di samping itu, beberapa orang pegawai juga telah ditugaskan untuk memerhati pergerakan kenderaan di jalan yang berhampiran. |
selain itu |
Membaca dapat menambahkan ilmu. Selain itu, membaca juga dapat mengisi masa lapang kta daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. |
sebelum itu |
Hajrah akan ke Kulim sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya dalam keadaan yang selamat untkuk digunakan. |
|