Kata Seru

  • Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
  • Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
  • Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
8.1  Kata Seru
  • Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
Aduh Untuk menyatakan perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku!
Aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku!
Cis Untuk menyatakan perasaan marah dan benci Cis, berani dia menentangku!
Wah Untuk menyatakan perasaan kagum  Wah, berani betul budak itu!
Eh Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut Eh, kamu sudah sampai!
Amboi Untuk menyatakan perasaan kagum Amboi, mahal betul kereta itu!