Kata Adjektif

  • Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. 
  • Kata Adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai penguat.
 
4.1  Kata Adjektif

  • Kata adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu.
  • Kata adjektif terbahagi kepada sembilan iaitu:
Jenis  Contoh Kata Adjektif  Contoh Ayat
Sifatan/keadaan Baik, pandai, lemah, kasar, jahat
  • Amir merupakan pelajar paling pandai.
  • Kulit buah durian sangat kasar.
Ukuran Nipis, besar, pendek, tinggi, kurus
  • Orang yang paling kurus di kelas ialah Laila.
  • Buku teks itu sangat nipis.
Bentuk Leper, bujur, bengkok, lurus, bulat
  • Bola ragbi itu bentuknya bujur.
  • Tiang elektrik itu sudah bengkok.
Jarak Jauh, hampir, dekat, sebelah
  • Rumah saya sangat jauh dari sekolah.
  • Kedai itu sebelah rumah saya.
Waktu cepat, lambat, segera
  • Dia hadir ke sekolah sangat lambat.
  • Ali segera membawa rakannya ke hospital.
Perasaan gembira, marah, sayu, sedih
  • Abok sangat gembira kerana mendapat bola.
  • Tina merasa sayu melihat kucingnya sakit.
Cara perlahan, deras, laju
  • Kamil memandu dengan perlahan.
  • Air sungai itu mengalir dengan sangat deras.
Pancaindera pahit, manis, tampan, merdu, masin, nyaring
  • Buah mangga itu sangat manis.
  • Suara Izzat sangat nyaring.
Warna Merah, kuning, biru, hitam, hijau, kelabu
  • Awan itu berwana putih.
  • Irfan sangat menyayangi kucingnya yang berwarna jingga itu.