Terang dan Gelap

 
  • Terang dan gelap mempunyai pelbagai kepentingan yang tersendiri pada kehidupan manusia. 
 

6.1

Terang dan Gelap

 

Terang & Gelap

 
  • Persekitaran kita terang kerana kehadiran cahaya. 
 
  • Tanpa cahaya, persekitaraan kita akan gelap dan menyukarkan kita untuk melihat. 
 
  • Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika terang dan gelap:- 
 
Contoh-contoh aktiviti ketika terang:-
  1. Membaca
  2. Bermain sukan 
  3. Menaiki basikal
 
Contoh-contoh aktiviti ketike gelap:-
  1. Tidur 
  2. Melihat bintang
 
 

Sumber Cahaya

 
 
 
  • Sumber utama cahaya untuk bumi adalah matahari. Matahari menyinarkan cahaya dan menerangi bumi. 
 
  • Apabila waktu malam, manusia menggunakan sumber lain sebagai cahaya untuk menerangi persekitaran yang gelap. 
 

Bayang-bayang

 
  • Bayang-bayang terhasil apabila cahaya dihalang oleh sesuatu objek. 
 
  • Apabila cahaya terhalang, ia akan menyebabkan pembentukan bayang hitam yang berbentuk serupa seperti objek yang menghalang cahaya tersebut. 
 

Kejelasan dan Saiz Bayang-bayang

 
  • Kejelasan bayang-bayang bergantung kepada ketelapan objek yang menghalang cahaya tersebut.
 
  • Objek yang lut sinar tidak akan membentuk bayang-bayang kerana cahaya boleh menebusinya.
 
  • Saiz bayang-bayang bergantung kepada jarak objek dan sumber cahaya. 
 
  • Semakin dekat jarak antara sumber cahaya dan objek, semakin besar saiz bayang-bayang. 
 
 
 

Permainan Bayang-bayang

 
  • Anda boleh mencuba memerhati bentuk bayang-bayang dengan menggunakan pergerakan tangan.