Malaysia dan Komanwel

10.3   Malaysia dan Komanwel
 
Latar Belakang Komanwel
 
  • Dibentuk pada 11 Disember 1931.
  • Dianggotai oleh 54 buah negara bekas tanah jajahan British kecuali Mozambique dan Republik Rwanda.
  • Ibu pejabat Sekretariat Komanwel terletak di London, England.
 
Matlamat Penubuhan Komanwel
 
  • Membina semangat setia kawan sesama negara anggota.
  • Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi, kesihatan serta belia dan sukan.
 
Imej ini menunjukkan infografik yang menerangkan faedah penyertaan Malaysia dalam PBB. Terdapat tiga poin utama yang disenaraikan: 1. Memelihara dan mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang keputusan yang diambil oleh PBB. 2. Membantu meningkatkan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu. 3. Meneruskan peranan aktif Malaysia dengan menyumbang pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu global. Setiap poin diletakkan dalam bentuk buih dengan latar belakang berwarna merah. Di tengah-tengah infografik terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang infografik berwarna putih dengan beberapa ikon bintang kecil di sekelilingnya.
 
Pendidikan
  • Memberikan peluang kerjasama antara negara anggota bagi meningkatkan taraf pendidikan.
  • Mewujudkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang melalui tawaran biasiswa Komanwel.
 
Perdagangan
  • Malaysia berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan bertukar idea dengan negara anggota Komanwel tentang isu pembangunan ekonomi.
  • Memudahkan barangan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di negara anggota Komanwel.
 
Kesihatan
  • Memberikan peluang kepada negara anggota untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang kesihatan.
  • Memberikan peluang untuk bekerjasama melalui perkongsian maklumat dan data sesama negara anggota bagi menangani wabak seperti COVID-19.
 
Belia dan Sukan
  • Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
  • Memberikan peluang kepada ahli sukan Malaysia bersaing dalam Sukan Komanwel.
  • Memberikan peluang kepada belia untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan belia anjuran Sekretariat Komanwel.
 
Sumbangan Malaysia dalam Komanwel
 
  • Mengecam dasar Aparteid di Afrika Selatan yang membezakan penduduk mengikut warna kulit.
  • Membantu menamatkan amalan Aparteid pada tahun 1993 hasil desakan bersama-sama negara anggota Komanwel.
  • Menjadi tuan rumah Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) pada tahun 1989.
  • Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab mengawal dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.