Perayaan Utama Masyarakat di Malaysia

6.1 Perayaan Utama Masyarakat di Malaysia
 
Hari Raya Aidilfitri

  • Disambut oleh masyarakat Islam pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam.
  • Menandakan kegembiraan selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Hari Raya Alidiladha

  • Disambut oleh masyarakat Islam pada 10 Zulhijah mengikut kalendar Islam. Perayaan ini diteruskan pada hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijah.
  • Umat Islam mengadakan ibadah korban dan memberikan sedekah daging korban tersebut.

Tahun Baharu Cina

  • Disambut oleh masyarakat Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina.
  • Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari “Chap Goh Meh.”

Deepavali

  • Disambut pada bulan Aippasi mengikut kalendar masyarakat Hindu.
  • Perayaan ini menandakan kecerahan mengatasi kegelapan atau kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Ketika perayaan, penganutnya akan menghias rumah dengan “kolam” dan menyalakan pelita.

Thaipusam

  • Thaipusam diraikan pada bulan ke-10 kalendar masyarakat Hindu yang jatuh pada bulan penuh antara akhir Januari hingga awal Februari.
  • Bagi pembayar niat, mereka membawa persembahan kepada Dewa Murugan sebagai tanda terima kasih atau meminta hajat lain.

Hari Gawai

  • Disambut oleh kaum Dayak, Iban dan Bidayuh pada 1 Jun setiap tahun.
  • Perayaan ini untuk menunjukkan tanda kesyukuran terhadap hasil tani yang diperoleh. Semasa perayaan ini, persembahan ngajat turut diadakan di dalam rumah panjang.

Pesta Kaamatan

  • Disambut oleh kaum Kadazandusun dan Murut pada bulan Mei setiap tahun.
  • Pesta ini disambut oleh golongan petani bagi mensyukuri hasil tuaian. Semasa pesta berlangsung, diadakan upacara ritual Magavau oleh Bobohizan. Tarian sumazau dan pertandingan Unduk Ngadau diadakan bagi memeriahkan sambutan.

Krismas

  • Disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun.
  • Perayaan ini diraikan bersempena dengan memperingati hari kelahiran Jesus Christ. Pemberian hadiah dan nyanyian karol dari rumah ke rumah memeriahkan perayaan ini.

Hari Wesak

  • Disambut oleh masyarakat beragama Buddha pada bulan Mei setiap tahun.
  • Perayaan ini dikaitkan dengan tiga peristiwa penting dalam hidup Siddharta Gautama, iaitu hari kelahiran, hari mencapai kesempurnaan fikiran dan hari nirwananya. Ketika perayaan, penganutnya akan memandikan patung Buddha Siddharta yang bermakna penyucian diri serta mengagihkan makanan kepada sami.

Vaisakhi

  • Disambut oleh kaum Sikh pada bulan keempat Vaisakh mengikut kalendar Sikh.
  • Pada 14 hari bulan Vaisakh, kaum Sikh akan mengadakan upacara sembahyang di Gurdwara.
  • Perayaan ini disambut bagi mensyukuri hasil tanaman. Dari aspek kebudayaan, tarian Bhangra dan Gidha akan disambut di luar kawasan Gurdwara.

Sambutan Tahun Baharu, Genggulang dan Hari Moyang

  • Sambutan Tahun Baharu Orang Asli dikenali sebagai sambutan “Tahon Baro“ bagi suku Jakun. Suku Semai pula menyebutnya sebagai “Jis Pai”. Suku Temuan mengenalinya sebagai “Tahun Bahauk” dan suku Mah Meri menyebutnya sebagai “Tawun Empai”. Perayaan ini bermula pada 31 Disember setiap tahun.
  • Suku Semai meraikan Hari Genggulang dengan berdoa agar wujud kesejahteraan di kampung.
  • Bagi masyarakat Orang Asli di negeri Selangor dan Negeri Sembilan, mereka meraikan “Hari Moyang”.

San Pedro

  • Disambut oleh masyarakat berketurunan Portugis di Melaka pada bulan Jun setiap tahun.
  • Perayaan ini bagi meraikan San Pedro, iaitu penaung nelayan. Kapal-kapal akan dihias indah oleh nelayan. Tarian branyo yang diwarisi sejak dahulu lagi akan ditarikan pada hari tersebut.