Agama dan kepercayaan di Malaysia

5.1   Agama dan Kepercayaan di Malaysia
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menggambarkan pelbagai agama di Malaysia. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Agama di Malaysia’ dengan ikon mentol lampu di sebelahnya. Di sekeliling teks tengah, terdapat kotak-kotak yang mengandungi nama-nama agama: ‘Agama Islam’, ‘Agama Kristian’, ‘Agama Buddha’, ‘Agama Hindu’, ‘Ajaran Tao’, ‘Ajaran Konfusius’, dan ‘Agama Sikh’. Semua kotak dihubungkan dengan anak panah yang menunjuk ke arah teks tengah. Di bahagian bawah, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Agama Islam
 
  • agama yang merangkumi segala aspek kehidupan.
  • hanya menyembah Allah Yang Maha Esa.
  • dua teras kepercayaan:
    1. Rukun Islam
    2. Rukun Iman.
  • Kitab suci - al-Quran dan Hadis.
 
Agama Kristian
  • percaya bahawa agama ini dibawa oleh Jesus Christ.
  • hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan di gereja.
  • Kitab suci - Bible.
 
Agama Buddha
  • mengamalkan ajaran yang diasaskan oleh Siddharta Gautama. Beliau dikenali sebagai Buddha.
  • ajaran Buddha berasaskan Empat Kebenaran Mulia yang dapat dicapai melalui Jalan Lapan Lapis Mulia.
  • Kitab suci - Tipitaka.
 
Agama Hindu
  • mempercayai Hukum Karma yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa  hidup dan kelahiran semula selepas mati.
  • Kitab suci - Veda.
 
Agama Sikh
  • Diasaskan oleh Guru Nanak.
  • Terdiri daripada kaum Sikh.
  • Tradisi dan ajaran agama ini berkaitan dengan sejarah, masyarakat  dan budaya kaum Sikh.
  • Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan yang dinamakan Waheguru.
  • Kitab suci - Sri Guru Granth Sahib.
 
Ajaran Konfusius
  • Diasaskan oleh Kung Fu Tze.
  • percaya bahawa ajarannya menekankan prinsip moral yang  tinggi seperti perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa.
  • Ajaran ini terkandung dalam buku Analek.
 
Ajaran Tao
  • Diasaskan oleh Lao Tzu.
  • Percaya kepada kepentingan keharmonian hidup dengan alam semesta.
  • Kehidupan setiap manusia ditentukan oleh Tao yang bermaksud “jalan”.
  • Tao Te Ching merupakan buku yang mengandungi ajaran Tao.
 
Kepercayaan Masyarakat di Malaysia
 
Kepercayaan Masyarakat Orang Asli di Semenanjung
  • Masyarakat Orang Ali suku Mah Meri di Pulau Carey mengadakan upacara Puja Pantai untuk mendapatkan perlindungan dan pengampunan daripada semangat laut.
  • Masyarakat Orang Asli percaya bahawa penyakit disebabkan oleh kuasa jahat
  • Masyarakat Orang Asli suku Temiar dan suku Semai mengadakan upacara ritual untuk menghalau kuasa jahat
 
Kepercayaan Masyarakat di Sarawak dan Sabah
  • Masyarakat Iban mempercayai bahawa Petara (dewa) akan menyampaikan sebarang alamat dan petanda melalui mimpi dan bayangan.
  • Masyarakat Bisaya di Sarawak yang bekerja sebagai petani mempercayai kuasa ghaib.
  • Masyarakat Kadazandusun yang mempercayai Kinorohingan (Tuhan untuk meminta keselamatan dan perlindungan).
  • Masyarakat Bajau yang masih menjalankan upacara Ngeduang.