|
India |
- bertutur menggunakan bahasa Tamil, bahasa Telugu dan Malayalam.
- Pakaian kaum India bagi perempuan ialah sari, manakala doti bagi lelaki.
|
|
|
Iban |
- kaum terbesar di Sarawak.
- bertutur
dalam bahasa Iban
- Pakaian yang mempunyai tenunan pua kumbu merupakan busana tradisional wanita Iban yang digayakan ketika perayaan Hari Gawai dan majlis perkahwinan.
- Baju lelaki Iban antaranya termasuklah baju burung dan kelambi.
|
|
|
Kadazandusun |
- kaum terbesar di Sabah.
- bertutur mengikut dialek sukuan masing-masing.
- Pakaian tradisional kaum ini yang unik juga berbeza-beza antara etnik.
- Pakaian ini biasanya digayakan ketika majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan semasa sambutan Pesta Kaamatan.
|
|
|
Orang Asli |
- tiga kumpulan terbesar, iaitu Negrito (Semang), Senoi dan Melayu Proto.
- pengekalan ciri tradisional seperti kemahiran kraf tangan, penghasilan ubat-ubatan herba dan penggunaan bahasa mengikut suku.
|
|
|
Baba dan Nyonya |
- Di Melaka, kaum ini wujud hasil perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan.
- “Baba” bagi lelaki, manakala perempuan disebut “Nyonya”.
- bertutur menggunakan dialek Melayu Baba.
- Cara hidup, percakapan, adat dan tradisi serta makanan masyarakat ini banyak berasimilasi dengan budaya tempatan.
- Pakaian tradisional mereka ialah kebaya bersulam dan berkain batik sarung.
|
|
|
Chetti |
- wujud hasil perkahwinan pedagang India dengan penduduk tempatan.
- Kebanyakan mereka berada di Melaka.
- Bahasa pertuturan mereka ialah bahasa Melayu kreol.
- Pakaian tradisional kaum ini ialah kebaya bersulam dan berkain batik sarung yang dipakai ketika mengadakan pesta keramaian.
|
|
|
Sikh |
- Bahasa Punjabi ialah bahasa ibunda masyarakat Sikh.
- Pakaian lelaki Sikh ialah baju panjang hingga lutut bersama-sama seluar (tahmat/tamba) dan sarban.
- Wanita Sikh pula memakai salwar kameez, iaitu pakaian yang dipakai bersama-sama dupatta atau selendang.
|
|
|
Siam |
- bertumpu di Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
- bertutur menggunakan bahasa Siam dan Melayu.
- menyambut perayaan Songkran pada tahun baharu mereka
- mengenakan pakaian tradisional semasa menghadiri upacara keagamaan di wat.
|
|
|
Serani |
- dikenali sebagai orang Eurasia hasil perkahwinan campur orang Portugis dengan penduduk tempatan.
- menggunakan bahasa Kristang dan bahasa Inggeris.
- mempunyai bahasa, adat resam dan muzik yang unik.
- Tariannya yang paling popular ialah branyo dan frapeirra.
|
|
|
Kaum Lain di Sarawak |
- Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kayan dan Lun Bawang.
- Mereka juga mempunyai perbezaan dari segi bahasa, agama, pakaian tradisi, adat resam dan pegangan hidup.
|
|
|
Kaum Lain di Sabah |
- Bajau, Bisaya, Murut, Kedayan, Iranun, Rungus, Suluk, Melayu Brunei dan Orang Sungai.
- Mereka juga unik dari segi bahasa, agama dan budaya.
|
|
|