Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang
Peristiwa Penentangan Pahlawan Tempatan
5.3
Peristiwa Penentangan Pahlawan Tempatan
Dol Said
(1831) British menyerang Naning tetapi kalah. Dol Said menang kerana menerima bantuan ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Rembau.
(1832) British menyerang semula Naning dan berjaya mengalahkan Dol Said. Kekalahan ini disebabkan oleh sekutu Dol Said menolong British.
Akhirnya, Dol Said menyerah diri, diberi pencen, sebidang tanah dan dibawa ke Melaka.
Sharif Masahor
(1859) Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Pengiran Temenggung Hashim berpakat untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching.
Sharif Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang di Kanowit.
Namun begitu, keluarga Brooke berjaya menggagalkan serangan ini.
Sharif Masahor dibuang negeri, manakala Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
Dato Maharaja Lela
(Feb 1875) Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak membuat bantahan terhadap campur tangan British.
(Sep 1875) Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab untuk membunuh Residen British, iaitu J.W.W. Birch.
(Nov 1875) J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
(1877) Dato’ Maharaja Lela dan Seputum ditangkap dan kemudian mereka dijatuhi hukuman gantung.
Yamtuan Antah
(1875) Berlaku pertempuran di Paroi.
Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi, namun British menyerang balas dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
(1876) Yamtuan Antah berunding dengan British untuk menamatkan persengketaan.
Hasil rundingan tersebut, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
Dato Bahaman
(1891) Dato’ Bahaman mengetuai serangan terhadap British dan berjaya menawan Lubuk Terua.
(1892) Dato’ Bahaman mematahkan serangan British di Semantan.
(1894) Dato’ Bahaman menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
(1895) Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan setelah British menawan semula Jeram Ampai
Mat Salleh
(1897) Mat Salleh dan pengikutnya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau dimusnahkan oleh SBUB.
(1900) SBUB melancarkan serangan besar-besaran dan menyebabkan Mat Salleh terkorban.
Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung Kapayan Lama, Tambunan
Antenom
Antenom mengetuai pahlawan Murut untuk menentang SBUB dan membina kubu di Silar Pinikit, Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan.
(1915) Antenom melancarkan serang hendap dengan menggunakan tombak, pedang dan sumpit terhadap SBUB di Pensiangan dan membina kubu di Sungai Salangit.
Akhirnya, Antenom menyerah diri kepada SBUB untuk menyelamatkan keluarga, pengikut dan kaum Murut
Tok Janggut
P(1915) Tok Janggut menyerang dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh.
Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu
Haji Abdul Rahman Limbong
(1922) Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam di mahkamah dan berjaya membela petani yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu di Kuala Telemong.
(1928) petani dan pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menawan balai polis di Kuala Berang.
British melancarkan serangan balas. Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap atas tuduhan menghasut dan dihukum buang negeri ke Mekah

Chapter : Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang
Topic : Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang
Year 5
Sejarah
View all notes for Sejarah Year 5
Related notes
Sebab Penentangan Pahlawan Tempatan
Pahlawan Tempatan
Sebab Penentangan Pahlawan Tempatan
Raja dan Kerajaan
Rajaku Berdaulat
Raja dan Kerajaan
Rajaku Berdaulat
Rajaku Berdaulat
Ketua Negeriku
Institusi Raja di Asia
Report this note
Multi-Level Quiz Sets
Assess yourself by staged practices
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account