Kedatangan Agama Islam pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

2.2 Kedatangan Agama Islam pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 
Batu bersurat bertarikh 1303 ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang membuktikan kedatangan agama Islam di Terengganu.

Batu bersurat ditemukan di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, bertarikh 1467 membuktikan kewujudan agama Islam di Negeri Sembilan

Batu bersurat juga dikenali sebagai prasasti, perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit.

Pada awal abad ke-15, Melaka adalah pusat perdagangan maritim terkenal dan menjadi pelabuhan entrepot serta destinasi persinggahan pedagang Islam dan bukan Islam.
 
Maritim
Terletak di atau berdekatan dengan laut
 
Entrepot
Tempat yang menjadi pusat penerimaan barang dagangan dari negara luar dan kemudian barang dagangan itu dihantar ke negara lain pula.
 
Faktor Kedatangan Agama Islam pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

1. Peranan Pedagang Islam

  • pedagang dari negara Arab dan India menyebarkan agama Islam melalui kegiatan dakwah
  • ada yang berkahwin dengan rakyat Melaka dan menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan

2. Peranan Ulama

  • Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, agama Islam disebarkan oleh ulama dari Mekah bernama Syeikh Abdul Aziz
  • Mengislamkan raja, pembesar dan rakyat Melaka

3. Peranan Sultan

  • Perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai menyebabkan baginda memeluk Islam
  • rakyat turut memeluk agama Islam
 
Dua sumber perundangan Melaka

  1. Hukum Kanun Melaka
  2. Undang-undang Laut Melaka
 
Hukum Kanun Melaka

  • 44 fasal berkaitan hak keistimewaan dan tanggungjawab raja serta pembesar
  • Hukuman terhadap kesalahan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan
  • Mewujudkan keamanan dan keselamatan rakyat
 
Undang-undang Laut Melaka

  • 25 fasal berkaitan peraturan di laut, tatacara berniaga dan berjual beli
  • Hukuman terhadap kesalahan jenayah
  • Melancarkan aktiviti perdagangan dan menyakinkan pedagang untuk datang ke Melaka