Unit 3: Jihad

5.3 Jihad
 
Maksud Jihad
Jihad bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan agama dan melakukan perkara yang diredai Allah SWT.
 
Dalil Hadis

"Seorang lelaki bertanya: 'Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling baik?'
Rasulullah SAW bersabda:
'Orang yang berjihad dengan diri dan hartanya di jalan Allah SWT.'

- Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Tiga Bentuk Jihad Nabi SAW
Jihad Mempertahankan Kesucian Islam

Nabi Muhammad SAW dengan kaum Muslimin mempertahankan Islam daripada ancaman tentera Quraisy.

Jihad dalam Melakukan Kebaikan

Nabi SAW sabar dan tabah menyampaikan Islam kepada kaum Quraisy walaupun dicaci, dihina dan disakiti.

Jihad Mencegah Kemungkaran

Nabi SAW melarang penyembahan berhala, penindasan dan adat kejam seperti membunuh bayi perempuan.

Aspek Jihad
1. Jihad Melawan Musuh yang Jelas

Jihad ini bertujuan mempertahankan kesucian agama Islam.

2. Jihad Melawan Godaan Syaitan

Menolak bisikan untuk buat dosa atau kejahatan.

3. Jihad Melawan Hawa Nafsu

Jihad ini mengandungi empat peringkat iaitu:

  • Belajar ilmu agama.
  • Mengamalkan ilmu agama dengan istiqamah.
  • Menyampaikan ilmu kepada orang lain.
  • Bersabar atas dugaan dan cabaran ketika berdakwah dan menyampaikan ilmu.
 
Contoh Jihad
  • Perang Badar.
  • Menuntut ilmu.
  • Menjaga ibu bapa.
 
Perang Badar - Perang Pertama dalam Islam
Sejarah
  • Berlaku pada tahun ke-2 Hijrah (bersamaan 624 Masihi), pada bulan Ramadan.
  • Berlaku di lembah Badar, kira-kira 150 km dari Madinah.
  • Umat Islam ingin menyekat kafilah dagang Quraisy yang sering menindas umat Islam.
  • Tentera Quraisy dari Mekah datang menyerang Madinah selepas mendapat tahu.
Bilangan Tentera
  • Umat Islam: 313 orang
  • Tentera Quraisy: Lebih kurang 1000 orang
Keputusan Perang
  • Umat Islam menang, walaupun jumlah mereka lebih sedikit.
  • Ramai pemimpin Quraisy yang musyrik terbunuh.
  • Membuktikan kemenangan datang dengan pertolongan Allah, bukan semata-mata bilangan atau kekuatan.
 
Pengajaran daripada Perang Badar
  • Beriman dan bertawakal kepada Allah adalah kunci kejayaan.
  • Keberanian dan kesatuan umat Islam membawa kemenangan.
  • Allah akan menolong orang yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas.
  • Jangan takut walau musuh lebih kuat pertolongan Allah lebih hebat.
 
Pengajaran Jihad
  • Kita mesti bersungguh-sungguh mempertahankan agama Islam.
  • Kita perlu berani menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan cabaran.
  • Jihad bukan hanya berperang, tetapi juga berusaha melakukan kebaikan.
  • Kita mesti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan dalam kehidupan seharian.
  • Menuntut ilmu dan berbakti kepada ibu bapa juga adalah jihad yang besar.
  • Allah akan membantu dan memberi ganjaran kepada orang yang berjihad dengan ikhlas.