Memuliakan Tetamu

9 Memuliakan Tetamu
 
Maksud Tetamu

Tetamu ialah orang yang diundang untuk menghadiri atau menziarahi sesuatu majlis.

Hukum Melayani Tetamu
  • Hukum memuliakan tetamu ialah wajib.
  • Hal ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat.
 
Dalil

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

عَنْ أَبِي شُرَيْحِ الخُزَاعِيَ الله أَنَّ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Daripada Abu Shuraih Al-Khuzai RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya." 

(Riwayat Al-Bukhariy dan Muslim)

Cara Memuliakan Tetamu
  • Menyediakan juadah.
  • Memberikan layanan yang baik dan ikhlas.
  • Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk tetamu.
  • Memberi salam dan bertanya khabar.
  • Menyambut kedatangan dengan mesra dan gembira.
 
Imej ini menunjukkan ilustrasi grafik yang bertajuk ‘Kepentingan memuliakan tetamu.’ Grafik ini berbentuk separuh bulatan dengan lima bahagian yang berwarna hijau dan biru. Setiap bahagian mengandungi teks yang menerangkan kepentingan memuliakan tetamu. 1. Mendapat pahala 2. Mengukuhkan perpaduan 3. Mengeratkan silaturahim 4. Mengikuti sunnah nabi 5. Menyemai kasih dan sayang Di tengah-tengah grafik, terdapat gambar seorang lelaki yang sedang mengangkat tangan, seolah-olah memberi salam atau menyambut tetamu. Di sudut kiri atas, terdapat logo ‘Pandai’
 
Info
Menjaga adab dengan tetamu merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW dan dituntut oleh Islam.