Memuliakan Tetamu

 
9   Memuliakan Tetamu
 
Maksud tetamu
  • Tetamu ialah orang yang diundang untuk menghadiri atau menziarahi sesuatu majlis.
 
  • Hukum memuliakan tetamu ialah wajib.
  • Hal ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat.
 
Hadis Nabi SAW

 

Maksudnya:

Daripada Abu Shuraih Al-Khuzai RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya." 

(Riwayat Al-Bukhariy dan Muslim)

 
Hadis tersebut menuntut setiap Muslim supaya menerima kedatangan tetamu, melayani dan memuliakannya.
 
Cara memuliakan tetamu
 
  • Menyediakan juadah
  • Memberikan layanan yang baik dan ikhlas
  • Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk tetamu
  • Memberi salam dan bertanya khabar
  • Menyambut kedatangan dengan mesra dan gembira