Adab Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

19

Cintakan Sunnah Rasulullah SAW

Pengertian sunnah Rasulullah SAW
Sesuatu yang bersumberkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, sifat serta akhlak yang diberitakan oleh sahabat baginda. 
 
Dalil Naqli

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

(Surah Al-Hasyr 59:7)

Maksudnya: Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah...

Contoh Sunnah Rasulullah SAW
  • Menjadi anak soleh.
  • Membaca Al-Quran.
  • Menghormati orang tua.
  • Bercakap perkara-perkara baik.
  • Menuntut ilmu.
  • Menutup aurat.
  • Mengasihi ibu bapa.
  • Menghubungkan silaturahim.
  • Berbakti kepada ibu bapa.
  • Menjaga kebersihan.
  • Menggunakan tangan kanan ketika makan.
 
Sunnah Perkataan
Semua ucapan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk suruhan, larangan serta galakkan. 
 
Kelebihan Membaca Al-Quran

Daripada Abu Umamah R.A katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 "Hendaklah kamu semua membaca Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jauhkan Sifat Sombong dan Bangga Diri

Daripada Harisah Bin Wahab R.A :

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sunnah Perbuatan
Segala perbuatan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh para sahabat baginda. 
 
Mengutamakan Anggota Kanan

Diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau berkata:

Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memulakan dengan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci. 

(Mutaafaq Alaih)

Merendah Diri

Anas Bin Malik R.A menceritakan bahawa Rasulullah SAW sentiasa merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menggosok Gigi

Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A bahawa beliau berkata:

 Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya dengan menggunakan siwak atau kayu sugi. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Imej ini menunjukkan infografik mengenai ‘Kepentingan Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW’. Di tengah-tengah terdapat ikon mentol lampu dengan tanda semak. Terdapat lima kepentingan yang disenaraikan di sekeliling ikon tersebut: 1. Menjadi bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW. 2. Mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat. 3. Terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai. 4. Membentuk umat berperibadi mulia. 5. Menjadikan diri lebih istiqamah dalam beribadah. Setiap kepentingan diwakili oleh ikon bulat dengan nombor dan teks yang menerangkan kepentingan tersebut.
 
Rumusan

Orang yang beramal dengan sunnah Rasulullah SAW akan menjadikannya lebih berakhlak mulia.