Adab Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

19

Cintakan Sunnah Rasulullah SAW

Pengertian sunnah Rasulullah SAW
Sesuatu yang bersumberkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, sifat serta akhlak yang diberitakan oleh sahabat baginda. 
 
Dalil Naqli
وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Maksudnya
: Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah...(Surah Al-Hasyr, ayat 7)
 
Contoh Sunnah Rasulullah SAW
  • Menjadi anak soleh.
  • Membaca Al-Quran.
  • Menghormati orang tua.
  • Bercakap perkara-perkara baik.
  • Menuntut ilmu.
  • Menutup aurat.
  • Mengasihi ibu bapa.
  • Menghubungkan silaturahim.
  • Berbakti kepada ibu bapa.
  • Menjaga kebersihan.
  • Menggunakan tangan kanan ketika makan.
 
Sunnah Perkataan
Semua ucapan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk suruhan, larangan serta galakkan. 
 
Kelebihan Membaca Al-Quran
Daripada Abu Umamah R.A katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 "Hendaklah kamu semua membaca Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Jauhkan Sifat Sombong dan Bangga Diri
Daripada Harisah Bin Wahab R.A:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Sunnah Perbuatan
Segala perbuatan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh para sahabat baginda. 
 
Mengutamakan Anggota Kanan
Diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memulakan dengan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci. (Mutaafaq Alaih)
 
Merendah Diri
Anas Bin Malik R.A menceritakan bahawa Rasulullah SAW sentiasa merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Menggosok Gigi
Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A bahawa beliau berkata:
 Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya dengan menggunakan siwak atau kayu sugi. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Rumusan
Orang yang beramal dengan sunnah Rasulullah SAW akan menjadikannya lebih berakhlak mulia.