Hadis: Mengasihi yang Lebih Muda dan Menghormati yang Lebih Tua

7 Yang Muda Dikasihi, Yang Tua Dihormati
 
Pengertian Hadis
Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda. 
 
Kepentingan Hadis
  • Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran.
  • Hadis berfungsi untuk menjelaskan hukum secara terperinci. 
 
Hadis dan Terjemahannya
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه : لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْ حَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
(رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِي)

Maksudnya: Daripada Ibn Abas berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua".
(Riwayat Abi Daud dan Al-Tarmizi)
 
Adab Mengasihi Orang Muda
  • Menunjuk contoh teladan yang baik.
  • Berbicara dengan nada yang mesra.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan orang muda.
  • Menasihati dengan kata-kata yang baik.
  • Melihat mereka dengan penuh kasih sayang.
 
Adab Mengasihi Orang Tua
  • Memanggil dengan panggilan hormat.
  • Meminta nasihat dan bimbingan.
  • Memberi salam.
  • Sopan santun dalam berbicara.
  • Bersikap lemah lembut.
  • Ringan tulang untuk membantu. 
  • Dahulukan orang tua dalam semua hal.
  • Taat kepada orang tua.
 
Kesan Mengasihi Orang Yang Lebih Muda
  • Disayangi dan dihormati.
  • Wujud kerjasama dalam semua urusan.
  • Keluarga hidup bahagia.
  • Orang muda lebih sopan.
  • Masyarakat hidup aman.
 
Rumusan
Kita hendaklah menghormati orang tua dan mengasihi orang muda agar kehidupan diberkati dan diredhai seperti yang disarankan dalam hadis.