Adab Mengasihi Rasulullah

5.4 Adab Mengasihi Rasulullah
 
Adab Mengasihi Rasulullah SAW
Berusaha mengenali peribadi Rasulullah SAW
  • Mempelajari latar belakang hidup Rasulullah SAW semenjak kecil hingga wafat.
Berusaha Mengikuti Ajaran dan Sunnah Rasulullah SAW
  • Mengamalkan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sisalam urusan kehidupan.
Sentiasa Mengingati Rasulullah SAW
  • Selalu berselawat kepada Rasulullah SAW.
  • Menjadikan Rasulullas SAW sebagai contoh.
 
Dalil

Sabda Rasulullah SAW:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya: Tidak beriman daripada kamu melainkan aku lebih dikasihi daripada ayahnya, anaknya dan semua manusia.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW dalam Kehidupan Saya
Di Rumah
  • Mentaati dan menolong ibu dan ayah.
  • Menjaga kebersihan diri, pakaian dan rumah.
  • Menghormati saudara-mara dan jiran.
Di Sekolah
  • Mentaati dan mengasihi guru-guru dan rakan-rakan.
  • Menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
  • Mematuhi peraturan sekolah.
Di Kantin
  • Mengamalkan adab-adab makan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
  • Menjaga kebersihan kantin.
Di Padang
  • Menutup aurat ketika bersukan.
  • Menjaga adab-adab ketika bersukan.
Di Masjid
  • Menjaga adab-adab di masjid.
  • Duduk dengan sopan dan tidak bising.
  • Membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
 
Gambar ini menunjukkan infografik mengenai kepentingan mengamalkan adab-adab mengasihi Rasulullah SAW. Terdapat lima poin utama yang disusun dalam bentuk bulatan mengelilingi ikon mentol lampu di tengah. Poin-poin tersebut adalah: 1. Lebih mengenali peribadi Rasulullah SAW. 2. Kecintaan dan kesetiaan kita kepada Rasulullah SAW bertambah. 3. Sentiasa meneladani akhlak baginda SAW dalam kehidupan harian. 4. Mendapat rahmat Allah SWT dan syafaat daripada baginda SAW. 5. Menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang baik. Di bahagian bawah kanan, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Info
Antara kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW termasuklah mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah SWT bagi setiap kali berselawat.
 
Rumusan
Kita hendaklah meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengenali peribadi baginda yang agung.