Adab Makan dan Minum

5.1 Adab Makan dan Minum
 
Imej ini menunjukkan carta yang menerangkan adab sebelum makan dan minum. Di tengah-tengah carta terdapat bulatan berwarna biru gelap dengan teks ‘Adab sebelum makan dan minum’. Carta ini mempunyai empat cabang yang mengelilingi bulatan tengah: 1. Bulatan berwarna hijau di kiri atas dengan teks ‘Membasuh tangan sehingga bersih’. 2. Bulatan berwarna hijau di kanan atas dengan teks ‘Membaca bismillah’. 3. Bulatan berwarna hijau di kiri bawah dengan teks ‘Duduk dengan tertib’. 4. Bulatan berwarna hijau di kanan bawah dengan teks ‘Membaca doa makan’.
 
Doa Sebelum Makan dan Minum

اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيماَ رَزَقْتَناَ وَقِناَ عَذاَبَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki kami dan jauhi kami daripada azab neraka.

Adab Semasa Makan dan Minum
  • Gunakan tangan kanan.
  • Mengambil makanan yang paling hampir.
  • Elakkan meniup makanan atau minuman yang panas.
  • Elakkan berbual perkara yang tidak baik ketika sedang makan.
  • Tidak membazir.
  • Tidak mencela makanan.
  • Jika terlupa membaca doa makan, bacalah:  بِسْمِ اللَّهَ اَوَّلُهُ وَاَخِرُهُ
 
Adab Selepas Makan dan Minum
  • Membasuh tangan.
  • Membaca doa selepas makan.
 
Doa Selepas Makan dan Minum

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَطْعَمَناَ وَسَقاَناَ وَجَعَلَناَ مُسْلِمِينَ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta jadikan kami orang islam.

Dalil

Sabda Rasulullah SAW: 

يَا غُلَامُ سَمِ اللهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ.

Maksudnya: "Wahai anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah yang paling hampir".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kepentingan Mengamalkan Adab Makan dan Minum
Berdisiplin
  • Menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Terhindar daripada melakukan perbuatan tercela.
Kesihatan Terpelihara
  • Terhindar daripada jangkitan kuman dan penyakit berbahaya.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan.
Masyarakat Harmoni
  • Merapatkan hubungan baik sesama manusia.
  • Hidup aman dan damai.
Bersyukur
  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  • Mengelakkan daripada pembaziran.
 
Rumusan

Mengamalkan adab makan dan minum menjadikan kita seorang Muslim berakhlak dan bersyukur.