Sesuci Hati Kekasih Allah

4.1 Sesuci Hati Kekasih Allah
 
Dalil

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila hati baik seluruh anggota turut menjadi baik".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Gambar ini menunjukkan peta minda yang menerangkan tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad SAW. Di tengah-tengah peta minda, terdapat tajuk ‘Tanda-Tanda Kenabian Nabi Muhammad SAW’. Terdapat enam kotak yang mengelilingi tajuk tersebut, masing-masing mengandungi maklumat berikut: 1. Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan tanda-tanda kenabian. 2. Terdapat juga tanda kenabian di belakang tubuh Nabi Muhammad SAW. 3. Awan sentiasa menaungi Nabi Muhammad SAW. 4. Hal ini berdasarkan tanda-tanda yang jelas kelihatan pada Nabi SAW.
 
Peristiwa Hati Nabi Muhammad SAW Disucikan
  • Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Kota Mekah.
  • Semasa kecil baginda disusui oleh Halimatus Sa'adiah. Ketika berumur empat tahun, semasa baginda bermain bersama-sama dengan kanak-kanak yang lain, dua malaikat datang membawa baginda ke suatu tempat.
  • Malaikat Jibril AS membelah dada Nabi Muhammad SAW lalu mengeluarkan segumpal darah serta berkata, "Inilah sasaran syaitan daripada kamu". Jibril AS mencucikannya dengan air zam-zam dan kemudian memasukkannya semula ke dalam tubuh baginda SAW.
  • Kanak-kanak yang melihat peristiwa tersebut menceritakan perkara yang berlaku kepada Halimatus  Sa'adiah.
  • Kemudian mereka segera pergi mendapatkan Nabi Muhammad SAW.
 
Kepentingan dan Iktibar Peristiwa Pembedahan Dada Nabi Muhammad SAW
  • Sifat terpuji perlu hayati.
  • Sifat terpuji datang dari hati yang suci.
  • Sifat keji perlu dihindari supaya kita dihormati.
  • Nabi Muhammad SAW sangat berani.
  • Yakin Allah melindungi.
  • Godaan syaitan sering hampiri.
  • Doa senjata benteng diri.
 
Rumusan
Sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan agar hati sentiasa suci.