Ramu ada sebatang pensel. Panjang bagi pensel tersebut adalah sama dengan \(4\) pemadam.
Mary ada sebatang pen. Pen tersebut adalah lebih pendek daripada pensel tersebut.
Berapakah kemungkinan bilangan pemadam yang sama dengan panjang pen itu?
Panjang pensel adalah sama dengan \(4 \) pemadam. Manakala, panjang pen adalah lebih pendek daripada panjang pensel.
Ini bermaksud bilangan pemadam yang sama dengan panjang pen adalah kurang daripada \(4\), iaitu 3 setengah pemadam.
Kedua-dua Mariam dan Sharul mengangkat satu kotak.
Siapakah yang mengangkat kotak yang lebih berat?
Daripada gambar, kita dapat lihat bahawa Mariam boleh mengangkat kotak tanpa menggunakan usaha sebanyak seperti Sharul.
Ia bermaksud kotak yang diangkat oleh Mariam adalah lebih ringan. Jadi, kita boleh katakan bahawa Sharul mengangkat kotak yang lebih berat.
Oleh itu, jawapan yang betul ialah Sharul.
Samsul membeli sebotol jus oren. Dia menuangkan kesemua jus oren tersebut ke dalam beberapa cawan. Dia minum dua cawan dan memberikan tiga lagi cawan kepada kawannya.
Berapa cawan yang boleh diisi dengan sebotol jus oren itu?
Samsul menuang kesemua jus oren kedalam beberapa cawan. Terdapat dua cawan yang diminum olehnya dan terdapat tiga cawan yang diberikan kepada kawannya.
Jadi, dua cawan ditambah dengan tiga cawan adalah sama dengan lima cawan.
Persiapkan diri untuk peperiksaan dengan Kertas Peperiksaan sebenar
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.