Berdasarkan gambar di atas, kita boleh mengetahui maklumat di dalam jadual dibawah.
Selain itu, kita juga boleh mengumpul data pemain perempuan dan lelaki.
Piktograf dibawah menunjukkan permainan yang disukai oleh satu kumpulan kanak-kanak.
Daripada petunjuk piktograf kita boleh mengetahui 1 bulatan senyum mewakili 1 orang.
Oleh itu, menggunakan piktograf pelajar boleh mengetahui bilangan kanak-kanak yang menyukai setiap permainan itu.
Piktograf menunjukkan bilangan ahli kelab bola keranjang bagi tahun 1 mengikut kelas.
Manakah kelas yang mempunyai bilangan ahli yang paling sedikit?
Kita dapat lihat bahawa tertulis satu imej bola keranjang mewakili \(1\) orang.
Jadi, kita perlu kira bilangan imej bola keranjang pada setiap kelas untuk mendapatkan bilangan yang paling rendah antaranya.
Kelas yang mempunyai ahli persatuan bola keranjang yang paling sedikit ialah 1 Bestari iaitu 2 orang.
Persiapkan diri untuk peperiksaan dengan Kertas Peperiksaan sebenar
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.