Tambah dalam lingkungan 100

2.2  Tambah dalam lingkungan 100

Ada pelbagai kaedah untuk menyelesaikan operasi tambah yang sesuai bagi nombor hingga 100

  • Kaedah bilang semuanya
  • Menggunakan abakus
  • Menggunakan bentuk lazim
 
Contoh soalan dan penyelesaian operasi tambah

Siti ada 6 guli. Amir beri 2 guli lagi kepadanya. Berapa guli Siti semuanya?

Ayat matematik: \(6 +2=8\)

Bilang semuanya

 Bilang semua dengan menyenaraikan nombor yang terlibat.

 1,2,3,4,5,6,7,8 

 Jumlah guli Siti ialah 8 biji semuanya.

Menggunakan abakus

Gambar (kiri) menunjukkan susunan biji abakus untuk nombor 6.

2 biji abakus dibawa ke atas sebagai operasi tambah.

Hasilnya adalah seperti gambar (kanan), abakus menunjukkan susunan 8.

Menggunakan bentuk lazim

Kita selesaikan masalah tambah ini dengan menambah nombor iaitu \(6 + 2\), yang mana kita akan dapat \(8\).

Kemudian, jika ada nombor-nombor di sebelah kiri, teruskan menambah seperti mula-mula tadi.

Kita tulis jawapannya seperti di bawah.

\(\begin {array}{rr} \space\space6\\+\quad\space\space2\\\hline \space\space8 \\\hline \end {array} \)