Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks dengan betul
Back
Kata Kerja
Kata kerja
merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
Kata kerja
terbahagi kepada dua:
Kata Kerja Transitif
(Perbuatan Melampau)
Kata Kerja Tak Transitif
(Perbuatan tidak Melampau)
3.1
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif
ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).
Ayat ini mesti ada penyambutnya (objek).
Kata kerja transitif
boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-I - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
Contoh
kata kerja transitif:
Contoh Ayat
Subjek (Pembuat)
Kata Kerja Transitif
Penyambut (Objek)
Kucing itu
menangkap
seekor burung.
Kucing
menangkap
seekor burung
Perempuan itu
menjual
sayur.
Perempuan itu
menjual
sayur
Pekerja-pekerja sedang
memperlebar
jalan raya.
Pekerja-pekerja
memperlebar
jalan raya
Kata kerja transitif
boleh boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Ah Moi sedang
membasuh
kain di dalam bilik air.
Kain sedang
dibasuh
oleh Ah Moi di dalam bilik air.
Ibu
menidurkan
adik di dalam kamar.
Adik
ditidurkan
oleh ibu di dalam kamar.
Kami
makan
kentang goreng itu.
Kentang goreng itu kami
makan
.
Tuan Hakim
menjatuhi
pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.
Pengedar dadah itu
dijatuhi
hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
3.2
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif
ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Oleh itu, k
ata kerja tak transitif
tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya.
Kata kerja tak transitif
tidak boleh dipasifkan.
Kata kerja tak transitif
boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
Tanpa imbuhan - (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
meN-… - (mengalir, meletup, menangis, membisu)
ber-… - (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
ter-… - (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
ber-…-an - (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
ber-…-kan - (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja transitif berpelengkap:
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek
Contoh:
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di sungai
Dia
senyum
semasa berjalan
Air sungai
beransur
surut
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap:
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Contoh:
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya
roboh
Radio itu
berbunyi
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula
berkibar

Chapter : Aspek Tatabahasa
Topic : Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks dengan betul
Year 6
Bahasa Melayu
View all notes for Bahasa Melayu Year 6
Related notes
Kata Bilangan
Kata Nama
Kata Ganti Nama
Kata Penegas
Kata Hubung
Kata Adjektif
Kata Tanya
Kata Perintah
Kata Seru
Kata Banyak Makna
Report this note
Report a Problem
×
There is something wrong with this question.
Content text
Content graphic
Inaccurate Fact
Additional Info and Comment
Submit Report
Edit content
×
Loading...
Quiz
View video m
Notes
Account