Kata Arah

 
Kata Arah ialah kata yang digunakan untuk  menunjukkan arah.
 
9.1  Kata Arah

 

  • Kata Arah didahului oleh kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama.
  • Contoh Kata Arah adalah seperti berikut:-
     Kata Arah  Ayat Contoh
    antara Azizah duduk di antara Kalsom dan Kar Lin.
    atas Buku-buku rujukan tersusun rapi di atas rak buku.
    bawah Ayah menyimpan kotak itu di bawah katil.
    belakang Ayah menanam sayur-sayuran di belakang rumah.
    dalam Faizal menyimpan lebihan wang sakunya ke dalam tabung.
    hadapan Anak anjing itu menyalak di hadapan rumah Pak Cik Cheong.
    hujung Rumah Razali terletak di hujung kampung.
    luar Kakak menjemur pakaian di luar rumah.
    penjuru Aina menyusun buku-buku itu di penjuru meja tulisnya.
    pinggir Azli dan rakan-rakannya berehat di pinggir sungai.
    samping Dia duduk di samping neneknya semasa menonton televisyen.
    sebelah Rumah Ali terletak di sebelah rumah Cikgu Azmani.
    seberang Kedai runcit terletak di seberang jalan itu.
    segi Kita haruslah melihat perkara itu dari segi kebaikannya dahulu.
    selatan Pendatang-pendatang asing dari selatan Sulawesi telah dihantar pulang.
    selekoh Kamalangan itu berlaku di selekoh yang merbahaya itu.
    sisi Isteri Ridzuan berada di sisinya sebelum dia meninggal dunia.
    sudut Ibu meletakkan pasu antic di sudut ruang tamu.
    tengah Kamal menendang bola ke tengah padang.
    tepi Banyak gerai buah-buahan di tepi jalan.
    timur Kami akan berkhemah di timur Pulau Pangkor.
    utara Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.