antara |
Azizah duduk di antara Kalsom dan Kar Lin. |
atas |
Buku-buku rujukan tersusun rapi di atas rak buku. |
bawah |
Ayah menyimpan kotak itu di bawah katil. |
belakang |
Ayah menanam sayur-sayuran di belakang rumah. |
dalam |
Faizal menyimpan lebihan wang sakunya ke dalam tabung. |
hadapan |
Anak anjing itu menyalak di hadapan rumah Pak Cik Cheong. |
hujung |
Rumah Razali terletak di hujung kampung. |
luar |
Kakak menjemur pakaian di luar rumah. |
penjuru |
Aina menyusun buku-buku itu di penjuru meja tulisnya. |
pinggir |
Azli dan rakan-rakannya berehat di pinggir sungai. |
samping |
Dia duduk di samping neneknya semasa menonton televisyen. |
sebelah |
Rumah Ali terletak di sebelah rumah Cikgu Azmani. |
seberang |
Kedai runcit terletak di seberang jalan itu. |
segi |
Kita haruslah melihat perkara itu dari segi kebaikannya dahulu. |
selatan |
Pendatang-pendatang asing dari selatan Sulawesi telah dihantar pulang. |
selekoh |
Kamalangan itu berlaku di selekoh yang merbahaya itu. |
sisi |
Isteri Ridzuan berada di sisinya sebelum dia meninggal dunia. |
sudut |
Ibu meletakkan pasu antic di sudut ruang tamu. |
tengah |
Kamal menendang bola ke tengah padang. |
tepi |
Banyak gerai buah-buahan di tepi jalan. |
timur |
Kami akan berkhemah di timur Pulau Pangkor. |
utara |
Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. |