07: Kata Sendi Nama

 
7  Kata Sendi Nama
 
DEFINISI
 

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama. 

Bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

Memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

 
 
Penggunaan Contoh Ayat
Kepada / Akan / Terhadap

Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.

Devi suka akan rambutan.
Di
Digunakan untuk tempat. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
Daripada

Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Surat itu saya terima daripada Yatie.
Dari
Digunakan untuk tempat, arah atau masa. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
Bagi / Untuk
Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.  Hadiah ini adalah untukmu.
Dengan
Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
Seperti / Seumpama / Laksanabagai
Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. Suaranya merdu seperti/ umpama/ laksana/ bagai buluh perindu.
Dalam / Antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Dalam hal ini, kita semua setuju.
Ke
Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.

Mereka akan ke Ipoh esok.

Pada

Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Tiket bas itu ada pada Hanim.
Demi
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan.

Demi kepentingan bersama, marilah kita  berdamai.

Tentang

Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan.

Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.
Sejak / Semenjak

Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.

Riesa sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan.
Oleh

Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-

Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka.
Hingga / Sampai

Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.

Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti.