Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Menghasilkan satu projek mini secara berkumpulan berdasarkan situasi dalam penyelesaian masalah berdasarkan fasa pembangunan atur cara
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
1.1
Pembangunan Atur Cara
1.1.1 Konsep Pemikiran Komputasional dalam Fasa Pembangunan Atur Cara bagi Membangunkan Atur Cara Aritmetik
Pemikiran komputasional adalah satu proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin atau komputer.
Konsep teknik pemikiran komputasional:
Membahagikan setiap masalah kepada bahagian yang lebih kecil.
Mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai, berkesan dan tersusun.
(i) Fasa Analisis Masalah
Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Apabila masalah menjadi bahagian-bahagian kecil, ia lebih mudah untuk diselesaikan.
(ii) Fasa Reka Bentuk Atur Cara
Terdapat tiga aktiviti dalam fasa reka bentuk atur cara iaitu:
Menulis pseudokod.
Melukis carta alir.
Mereka bentuk antara muka pengguna.
Teknik Pengecaman Corak
Selepas masalah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil, Teknik Pengecaman Corak digunakan untuk mereka bentuk atur cara dengan membuat pengecaman kepada corak setiap masalah kecil.
Pengecaman corak ini dapat membantu dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien.
Teknik Peniskalaan
Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti dengan menggunakan teknik peniskalaan untuk meninggalkan aspek-aspek kurang penting.
Penekanan diberikan terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.
Teknik Pengitlakan
Selepas memperolehi maklumat daripada leraian dan peniskalaan, algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah boleh ditentukan.
Algoritma komputer biasanya terdiri dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan pseudokod dan carta alir yang betul merupakan aspek penting yang perlu ditekankan semasa menulis algoritma.
Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk sesuatu langkah merupakan aspek yang penting kerana setiap simbol merujuk kepada suatu fungsi yang spesifik.
(iii) Fasa Pengekodan
Aktiviti yang harus dilakukan semasa fasa pengekodan adalah seperti berikut:
Memilih bahasa pengaturcaraan yang betul.
Membina atur cara berdasarkan carta alir atau pseudokod.
Teknik leraian boleh digunakan untuk menulis atur cara dengan membahagikan kod atur cara kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali sebagai sub-aturcara.
Teknik pengecaman corak boleh digunakan dalam fasa ini jika ciri-ciri persamaan atau perbezaan dalam membina atur cara dikenal pasti.
Teknik peniskalaan juga boleh diaplikasikan dalam ini dengan mengenal pasti aspek penting bagi setiap kod atur cara.
(iv) Fasa Pengujian Atur Cara dan Penyahpepijatan
Dalam fasa ini, pengatur cara perlu menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan ralat.
Terdapat tiga jenis ralat, iaitu:
Teknik Leraian
Penggunaan teknik leraian bagi pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dijalankan secara berperingkat seperti berikut:
Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar.
Menguji kod input.
Menguji kod proses.
Menguji kod output.
Mengesan ralat.
Membaiki ralat.
Teknik Pengecaman Corak
Tujuan pengujian dilaksanakan adalah untuk memastikan kod atur cara yang dibina berfungsi dengan betul dan kod atur cara bebas dari sebarang jenis ralat.
Teknik pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan semasa melaksanakan pengujian.
Jenis Ralat
Punca Ralat
Ralat sintaks
Mengeja kata kunci dengan salah.
Tertinggal tatatanda atau simbol.
Kesalahan sintaks bahasa pengaturcaraan.
Kesalahan meletakkan inden.
Ralat masa larian
Penggunaan jenis data yang salah pada pemboleh ubah.
Menggunakan pemboleh ubah atau pemalar yang tidak wujud.
Melakukan pembahagian dengan angka
\(0\)
.
Penggunaan operator matematik dan logik yang salah.
Ralat logik
Membuat pengiraan yang tidak betul.
Menggunakan ungkapan boolen yang salah.
Penggunaan operator atau fungsi yang salah.
Teknik Peniskalaan
Aspek-aspek penting terhadap mesej ralat yang dipaparkan akan difokuskan dengan menggunakan teknik peniskalaan.
Teknik Pengitlakan
Proses pembinaan model bagi fasa pengujian dan penyahpijatan akan dijalankan melalui teknik pengitlakan.
Langkah pengujian dan penyahpepijatan secara manual adalah seperti yang berikut:
Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.
Sintaks kod arahan adalah betul.
Logik dan susunan kod-kod arahan adalah betul.
Formula matematik adalah betul.
Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.
Langkah pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara adalah seperti yang berikut:
Laksanakan atur cara.
Baca dan fahami mesej ralat.
Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat.
Ulang langkah (a) hingga (c) sehingga tiada mesej ralat.
Semak output menggunakan beberapa set sampel data.
(v) Fasa Dokumentasi
Terdapat dua jenis dokumentasi iaitu:
Teknik Leraian
Teknik ini digunakan untuk menyediakan dokumentasi.
Teknik Pengecaman Corak
Teknik ini boleh digunakan untuk menyediakan dokumentasi luaran dan dalaman.
Teknik Peniskalaan
Pembahagian kod atur cara dan penulisan inden dalam kod atur cara amat sesuai digunakan melalui teknik ini.
1.1.2 Pelaporan Penggunaan Teknik Pemikiran Komputasional bagi Setiap Fasa Pembangunan Atur Cara
Melaporkan sesuatu perkara secara terurus dan terancang berdasarkan format tertentu.
Memberikan maklumat yang berguna tentang penggunaan teknik pemikiran komputasional.
Mengurus maklumat secara sistematik dan menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah atur cara dengan jelas.
Format pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
Teknik Leraian
Teknik pengecaman corak
Teknik Peniskalaan
Teknik Pengitlakan
Teknik Leraian
Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat dipecahkan:
Teknik Pengecaman Corak
Selepas meleraikan masalah besar, setiap bahagian kecil atau masalah kecil akan dianalisis untuk mengecam corak-corak yang tertentu sekiranya ada.

Menghasilkan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran berdasarkan aspek-aspek penting yang dikenal pasti.

Chapter : Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Topic : Menghasilkan satu projek mini secara berkumpulan berdasarkan situasi dalam penyelesaian masalah berdasarkan fasa pembangunan atur cara
Form 3
Asas Sains Komputer
View all notes for Asas Sains Komputer Form 3
Related notes
Kriptografi dalam Keselamatan Data
Algoritma
Pangkalan Data & SQL
Struktur Kod Arahan
Report this note
Redeem eVouchers
Treat yourself with rewards for your hard work
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account