Sarawak dan Sabah

Kedudukan kedua-dua kawasan ini di barat daya hingga utara pulau Borneo telah mendedahkannya dengan perkembangan yang berlaku di Alam Melayu terutama dalam aspek perdagangan dan keagamaan. Kepesatan kerajaan yang masyhur ini telah mendorong kemajuan kegiatan perdagangan di Sarawak dan Sabah.

 
10.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu
 
  • Hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu

 
1) Kemunculan Pusat Pembuatan Tembikar di Gua Niah, Sarawak dan bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.
2) Chu-Po pelabuhan di Utara Sabah menjadi tempat mengeksport besi ke Funan dan Champa
3) Jumpaan gendang Gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah membuktikan terdapat hubungan pedagangan antara kerajaan Majapahit dengan penduduk di Utara Sabah
4) Penemuan barangan tembikar zaman Dinasti Tang Dan Sung di Santubong
5) Pelabuhan di Santubong membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah dan kulit penyu
6) Pusat perdagangan seperti santubong, gedong, bukit sandong dan kalka menjalankan kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam dan China
7) Sarawak berlaku penyebaran kuasa oleh Kesultanan Melayu Brunei (KMB)
8) KMB menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Sambas
9) Persahabatan ini membolehkan Sambas menyerahkan wilayahnya di Sarawak kepada KMB
10) Kemunculan Kesulatanan Sulu di Utara Borneo membawa kepada tersebarnya pengaruh mereka di pantai timur laut Borneo
11) Kedatangan agama hindu, buddha dan islam
12) Kerajaan Srivijaya, terdapat tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong dan Patung Ganesha di Limbang
13) Pengaruh KMB di Sarawak dan Sabah telah membawa penyebaran agama islam di pesisir pantai Sarawak dan Sabah
14) Kesannya, penerimaan agama islam oleh kebanyakan penduduk kaum melayu dan melanau di pesisir pantai Sarawak dan Sabah
15) Kesultanan Sulu berperanan dalam penyebaran agama islam di pantai timur Sabah
16) Kebangkitan KMB melemahkan kerajaan melayu Santubong. Kalka, Samadong dan Melano di Sarawak krana tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei
17) Kesultanan Sulu telah meningkatkan kegiatan perdagangan di Sabah.
18) Kawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan terutama sarang burung yang menarik perhatian pedagang China.
 
10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan
 
Sarawak
a) Kepimpinan Kesukuan
1) Ketua kaum Iban – Tuai Rumah
2) Ketua kaum Kayan – Kelunan Maren/Hipun Uma
3) Ketua kaum Kenyah – Peran Lepo
4) Ketua kaum Kelabit – Laih Rayeh

b) Kerajaan
– terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai, iaitu Sawaku, Samodong, Kalka, Saribas dan Melano

c) Wakil Raja
– penduduk di kawasan pesisir pantai dipengaruhi oleh kerajaan Srivijaya, Brunei dan Majapahit
– kerajaan berpusat
i) Sawaku – Santubong
ii) Samadong – Sungai Samarahan
iii) Kalka – Kuala Sungai Krian

– membentuk kerajaan sendiri dengan mengelarkan Raja sebagai Datu, Datu Abang dan Dayang
– KMB mengekalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu di Sarawak kecuali kaum Dayak diberi gelaran orang kaya.

Sabah
a) Kepimpinan kesukuan
– kepimpinan kesukuan yang tersusun dan bebas dari kawalan kuasa-kuasa luar
– kaum Kadazandusun, Murut, dan orang Sungai mempunyai bentuk kepimpinan yang sama
– kedua-dua kaum mempunyai seorang ketua dikenali sebagai Orang Tua.
– Bobohizan/Bobolian = Kaum Kadazandusun, Babalian = Kaum Murut
– mereka akan menguruskan soal adat dan pantang larang.

b) Wakil Raja
– Kuasa Pemerintah
i) aspek kehakiman
ii) menjaga keamanan
iii) kebajikan penduduk
iv) mengutip cukai daripada penduduk
v) aktiviti perdagangan.

c) Ketua Bebas
– mentadbir wilayah di Muara Sungai.
-Ketua-Ketua
i) Syarif Osman – Kawasan Marudu
ii) Datu Kerunding – Kawasan Tungku

– ketua bebas ini menegakkan kekuasaan dan menjalankan undang-undang sendiri
– mereka ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja dari Brunei, Sulu atau keturunan Arab Syarif
 
10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah
 
Sarawak
i) Pesisir pantai
Kegiatan – perdagangan, menangkap ikan, perusahaan sagu
Kaum – Melayu, Kedayan, Melanau

ii) Lembah sungai
Kegiatan – menanam padi, menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
Kaum – Melayu, Iban, Bisaya, Melanau, Bidayuh

iii) Pedalaman
Kegiatan – mengutip hasil hutan, memburu haiwan liar, menanam padi
Kaum – Kenyah, Iban, Penan, Kayan, Kelabit, Punan

Sabah
i) Pesisir pantai
Kegiatan – menangkap ikan, membuat perahu, mengutip hasil laut, perdagangan
Kaum – Berunai, Bajau/Sama, Iranun, Suluk

ii) Lembah Sungai
Kegiatan – menanam padi. menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
Kaum – Kadazandusun, Rungus, orang sungai

iii) Pedalaman
Kegiatan – mengutip hasil hutan, menanam padi, mengutip sarang burung
Kaum – Murut
 
10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah
 

Sarawak
1) Iban – berasal dari sungai kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar
2) Bidayuh – berasal dari Sungkung, Kalimantan dan kemudian berhijrah ke Selatan Sarawak
3) Melayu– bermula dengan kemunculan kerajaan awal di Sarawak seawal abad ke-6.
– kaum ini menetap di semua bahagian di Sarawak termasuklah di pedalaman seperti Belaga, Baram
4) Orang Ulu – terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan.
– kaum Kayan dan Kenyah berasal dari sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu sungai Rajang, Nalui, Baram dan hulu Kemena.
5) Melanau– sejak dari dahulu kaum Melanau mendiami kawasan tengah Sarawak

Sabah
1) Kadazandusun – mendiami di kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau.
– nama Dusun diberi oleh Brunei yang bermaksud petani pedalaman
2) Murut– tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan
– nama murut diberikan oleh orang Brunei bermaksud orang bukit / orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil.
3) Bajau/Sama – asal usul dari Sambaungan (Zamboanga) dan Johor
– keunikan ialah budaya menunggang kuda
4) Suluk – berasal dari kepulauan Sulu dan ramai yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah.
5) Orang Sungai – tinggal di sungai Kinabatangan, sungai Sugut, sungai Paitan, dan sungai Labuk

Kepetingan Sungai
1) Kegunaan Harian – sumber minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk.
2) Kegiatan Rekreasi – kegiatan rekreasi pesta regata dan acara prahu berhias.
3) Sumber Rezeki – sumber rezeki kepada penduduk sekitar kawasan sungai
4) Perdagangan – kegiatan perdagangan dan jual beli di sungai
5) Petempatan – kawasan petempatan yang dikenali sebagai kampung air
6) Pengangkutan – sampan dan bot menjadi pengangkutan utama untuk membawa penumpan dan barang

Kesenian
Sarawak
1) Tenuan Kain
a) Pua Kumbu
– hasil kerja kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas
– digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian

b) Keringkam
– hasil kerja kaum Melayu yang dibuat daripada kain kapas dan kain sutera
– kain tersebut disulam dengan benang emas, perak dan tembaga

2) Kraf Tangan
a) Sintung duduk – dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi
b) Lanji – membawa hasil padi
c) Basong – untuk memburu
d) Bakul – orang Ulu menghiasi bakul dengan manik
-simbol naga, manusia, burung Kenyalang dan harimau dihiasi pada bakul
e) Terendak – kaum Melanau menghasilkan penutu kepala (Terendak)
– digunakan semasa kerja harian.

3) Pertukangan
a) Tiang Totem – dihasilkan oleh orang Ulu yang melambangkan status masyarakat.
– hanya mayat golongan atas boleh diletak tinggi di atas tiang
b) Patung Burung Kenyalang – lambang kepahlawanan kaum Iban
– digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan iban
– menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit

Sabah
1) Tenuan Kain
a) Inavol – kaum Rungus menggubah Inavol dan menghasilkan selendang yang berwarna-warni
b) Dastar – kaum Iranum menghasilkan kain Dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak

2) Kraf Tangan
a) Wakid – membawa barang yang besar
b) Tayen – membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan
c) Buan – sebagai tempat menyimpan barang
d) Duang (Tudung Salji) – diperbuat daripada Daun Serdang oleh kaum Bajau/Sama

3) Pertukangan
a) Guuk – untuk memotong rumput
b) Pida – untuk upacara perkahwinan

Perayaan

Sarawak
1) Kaum iban, bidayu dan orang Ulu merayakan pesta menuai/gawai dayak.
2) Masyarakat Iban pula merayakan upacara Miring semasa gawai dayak bertujuan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada Petara/Tuhan
3) Keunikan gawai dayak – acara kumang dan keling gawai iaitu pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan
4) Kaum bisaya mengadakan Pesta Babulang yang merupakan pesta Menuai.
5) Kaum Kadayan mengadakan Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani
6) Kaum Melanau mengadakan pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok.

Sabah
1) Penduduk Kadazandusun dan Murut merayakan pesta Kaamatan
2) Pesta ini merupakan Simbol Kesyukuran untuk meraikan Semangat Padi atau Bambaazon/Bambarayon
3) Upacara ini dijalankan oleh Bobohizn/Bobolian
4) Dengan melakukan upacara ini, penduduk berharap agar mendapat lebih banyak hasil Tuauan Padi pada tahun hadapan
5) Acara yang diadakan dalam pesta ini seperti Ratu Cantik / Unduk Ngadau (Asal usul pengorbanan Huminodun)
6) Pesta Ragata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan Bajau/Sama
7) Acara lain diadakan seperti perlumbaan perahu

Tarian
Sarawak
1) Ngajat
– ditarikan oleh kaum Iban dan orang Ulu.
– jenis tarian Ngajat seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung

2) Bermukun
– merupakan acara bergendang
– keunikan ialah gendangnya dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki
– ditarikan semasa majlis perkahwinan
– semasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun

3) Tarian Datun Julud
– berasal daripada kaum orang Ulu
– lambang kegembiraan dan terima kasih
– penarinya ialah Wanita Uang memakai pakaian berwana-warni dengan perhiasan kepala
– bulu burung kenyalang digunakan semasa menari
– tarian diiringi oleh alat muzik tradisional iaitu Sape.

Sabah
1) Sumazau
– tarian kaum Kadazandusun
– variasi tarian mengikut kawasan seperti Penampang dan Papar
– tarian ini ditarikan semasa pesta keaamatan dan majlis keramaian
– perkataan Sumazau diambil daripada perkataan “Sazau”
– yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor Burung Helang

2) Magunatip
– ditarikan oleh kaum murut di kawasan pedalaman
– tarian yang menggunakan dua batang buluh ini ditarikan semasa majlis Keramaian

3) Limbai
– tarian kaum bajau/sama dari pantai barat Sabah ini ditarikan secara berpasangan.
– pasangan wanita akan memakai Sarimpak (hiasan kepala)
– tarian ini ditarikan semasa majlis perkahwinan dan majlis keramaian.

Seni Bina
Sarawak
1) Rumah Panjang
– merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu
– bertujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk
Fungsi
a) Tempat tinggal
b) Tempat berinteraksi
c) Mengadakan acara-acara perayaan

Bahan pembuatan : kayu keras seperti kayu belian, atap diperbuat daripada daun tebal (Daun Rumbia)

2) Rumah Tinggi
– hasil binaan kaum Melanau
Fungsi – Dibina tinggi 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangan musuh
Bahan pembuatan – kayu keras dan bulat

3) Rumah Baruk
– seni bina oleh kaum bidayuh
– seni bina baruk ialah bulat dan berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambang burung kenyalang

Fungsi
a) tempat menyimpan tengkorak
b) menyimpan senjata
c) pusat ritual
d) mesyuarat dan majlis sosial.

Bahan pembuatan – kayu keras, atapnya ditutup dengan daun rumbia, dinding diperbuat daripada buluh.

Sabah
1) Rumah Panjang Rungus
– binaan kaum rungus yang dikenali sebagai Vinatang
– keistimewaan ialah bilik tidurnya dibina dengan keduduka kepala pada sudut tepat arah gunung kinabalu

Fungsi
a) Kediaman dan kubu petahanan
b) Mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya

Bahan pembuatan – kayu bulat, buluh, kulit kayu, daun nipah

2) Rumah Panjang Murut
– seni bina kaum murut yang dikenali seperti Tulus dan Pahun

Fungsi
a) Dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan
b) Keunikkannya, pintu rumah dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga
c) di bahagian tengah, tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran

Bahan pembuatan – kayu bulat, kulit kayu, daun tolidus

3) Lepa
– merupakan sebuah perahu dibuat oleh kaum Bajau/Sama

Fungsi
a) mengangkut barang
b) tempat kediaman

Bahan pembuatan
a) diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir
b) atapnya diprbuat daripada daun nipah