10-05: Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan
 
Wawasan Masa Hadapan

Bermaksud strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara.

Imej ini menunjukkan tiga komitmen Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global. Terdapat tiga kotak merah dengan teks putih di dalamnya. Kotak pertama di sebelah kiri menyatakan
 
Komuniti ASEAN
  • Merupakan satu langkah menyeluruh, strategik dan bersifat memandang ke hadapan serta mencerminkan aspirasi ASEAN.
  • Memberikan fokus pada ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan.
  • Melalui komuniti keamanan, menjadi harapan agar keselamatan rantau ASEAN kekal terjamin.
  • Hasrat sosiobudaya, agar integrasi antara negara anggota ASEAN dapat ditingkatkan.
 
Keselamatan Makanan
  • Mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti makanan bagi negara anggota ASEAN.
  • Membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN.
  • Bekerjasama dengan anggota ASEAN untuk menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN.
 
Alam Sekitar
  • Malaysia dengan negara ASEAN mengambil langkah aktif untuk mengatasi isu alam sekitar.
  • Dilaksanakan melalui Perjanjian ASEAN berkaitan dengan Pencemaran Jelebu Merentas Sempadan.
  • Negara anggota disarankan untuk mengambil langkah dari aspek undang-undang.
  • Malaysia dan Singapura bekerjasama melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pencegahan kebakaran di tanah gambut untuk menangani isu jerebu.
 
Zon Bebas Nuklear
  • Malaysia menandatangani Southeast Asian Nuclear-Weapon-Free-Zon / Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) pada tahun 1995.
  • Ini menekankan agar negara yang terlibat tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear.
  • Malaysia bertindak untuk tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara.
 
Kerelevanan Organisasi Antarabangsa
  • Pertubuhan dunia seperti PBB dan OIC tidak mampu berfungsi dengan baik dalam mencapai matlamatnya melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun.
  • Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang melibatkan 56 negara Islam dengan 450 perwakilan.
  • Matlamat sidang ini adalah untuk merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam bagi menangani pelbagai isu.
 
Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
  • Membendung kemasukan PATI melalui pengukuhan mekanisme pengurusan warga asing bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.
  • Malaysia dilantik sebagai ahli suruhanjaya United Nations High Commisioner for Refugees / Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dari tahun 1993-1995.
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan pada tahun 1999.
 
Negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB
  • Amerika Syarikat
  • Rusia
  • United Kingdom
  • Perancis
  • China
 
Kesimpulan
  • Malaysia melihat masa hadapan dengan positif.
  • Wawasan yang merangkumi pelbagai perkara menjadi asas penting bagi menghadapi masa hadapan demi kesejahteraan penduduk.
  • Pada peringkat serantau, satu wawasan jelas dilakukan melalui Komuniti ASEAN mahupun kerjasama keselamatan makanan.