10-02: Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa

10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
 
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa’ di bahagian atas dengan latar belakang berwarna coklat muda. Di bawah tajuk tersebut, terdapat enam kotak berwarna merah yang mengandungi teks putih. Setiap kotak menyenaraikan peranan Malaysia dalam konteks ekonomi antarabangsa: 1. Meluaskan Pasaran Ekonomi 2. Dominasi Ekonomi Negara Maju 3. Menangani Kemelesetan Ekonomi 4. Kerjasama Pembangunan Segi Tiga 5. Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam Di sudut kanan bawah terdapat logo Pandai.
 
Meluaskan Pasaran Ekonomi
  • Malaysia bersetuju untuk mempermudah dan meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN.
  • Ini membawa kepada kelahiran ASEAN Free Trade Area - AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) pada tahun 1992.
  • AFTA bertujuan menjadikan ASEAN tempat produktif yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN.
  • Malaysia terlibat sepenuh dalam AFTA.
 
Dominasi Ekonomi Negara Maju
  • Malaysia berhadapan dengan sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai.
  • Ini jejaskan perdagangan negara.
  • Bersuara agar layanan yang saksama diberi untuk semua negara.
  • Dibangkitkan dalam PBB dan Asia - Pacific Economic Cooperation - APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).
 
Definisi Tarif dan Cukai
  • Tarif: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
  • Cukai: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang) untuk perbelanjaan segera.
 
Kerjasama Pembangunan Segi Tiga
  • Mengurangkan dari bergantung  pada pasaran kewangan antarabangsa.
  • Mewujudkan pelbagai badan dan tindakan yang berkaitan seperti Koperasi ASEAN dan Bank ASEAN.
 
Kerjasama
IMT-GT Indonesia-Malaysia-Thailand-Growth Triangle
SIJORI-GT Singapura-Johor-Riau-Growth Triangle
BIMP-EAGA Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area
 
Menangani Kemelesetan Ekonomi
  • Malaysia didesak mencontohi negara lain.
  • Malaysia guna pendekatan sendiri dalam usaha memulihkan keadaan.
  • Menambat kadar pertukaran ringgit kepada dolar dengan kadar RM3.80 bagi USD1.
  • Dapat memulihkan ekonomi negara.
 
Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam
  • Membangunkan sistem kewangan Islam yang progresif dan komprehensif hingga menyumbang pada keberkesanan sektor kewangan negara.
  • Menubuhkan International Centre for Education in Islamic Finance - INCEIF (Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam) bertujuan menyokong perkembangan kewangan Islam