09-06: Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
 
Penubuhan ASEAN
  • Diwujudkan pada 8 Ogos 1967 bagi meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan.
  • Pada peringkat awal, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.
  • Kemudian, ASEAN menerima lima anggota baharu iaitu Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.
 
Imej ini menunjukkan peta minda yang menggambarkan negara-negara anggota ASEAN. Di tengah-tengah terdapat kotak dengan tulisan ‘NEGARA ANGGOTA ASEAN.’ Dari kotak tengah ini, terdapat anak panah yang menghala ke sepuluh kotak lain yang mewakili negara-negara anggota ASEAN. Negara-negara tersebut adalah: 1. Malaysia 2. Vietnam 3. Kemboja 4. Laos 5. Myanmar 6. Brunei 7. Thailand 8. Filipina 9. Singapura 10. Indonesia Di sudut kanan bawah imej, terdapat logo ‘Pandai.’
 
Penglibatan Malaysia
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
  • Langkah Malaysia menjalinkan hubungan dengan China turut dilihat sebagai sebahagian daripada konsep ZOPFAN.
  • Menjadikan ASEAN sebagai platform terpenting untuk mengisytiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat serantau dan global.
Penyelesaian Konflik Serantau
  • Konflik di Vietnam dan Kemboja berkaitan dengan ancaman komunis dan pelarian.
  • Malaysia menyeru agar kuasa besar tidak campur tangan dalam isu Vietnam.
  • Isu Kemboja berjaya diselesaikan melalui pilihan raya pada tahun 1993.
  • Malaysia turut menghantar pasukan pengaman di bawah PBB (Misi UNTAC).
Kerjasama Ekonomi
  • Tahun 1978, AIP dimulakan.
  • Pengeluaran baja fosfat dan kuprum di Filipina serta penghasilan serbuk soda di Thailand.
  • Potensi perdagangan antara negara ASEAN yang besar.
  • Beberapa insentif dilaksanakan termasuklah melalui Skim Keutamaan Perdagangan (SKP).
  • Pemotongan cukai barangan melalui skim ini.
Kerjasama Sosial
  • Kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan pendidikan, pertukaran pelajar dan penubuhan pusat serantau pendidikan.
  • Kerjasama dalam bidang kebudayaan dilaksanakan seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN.
  • Sukan SEA untuk menjalinkan kerjasama dalam sukan.
 
Logo ASEAN

Menunjukkan 10 tangkai padi yang melambangkan impian pengasasan ASEAN, iaitu 10 buah negara yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan.

Moto ASEAN

Keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran.