09-05: Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar

9.5 Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
 
Dasar Luar Malaysia
  • Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an.
  • Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada negara kita.
  • Tempoh masa ini menjadi penting dalam sejarah dasar luar Malaysia kerana merupakan tempoh pengukuhan serta pengujian kemampuan Malaysia menghadapi cabaran baharu.
  • Cabaran ini meliputi aspek politik, pertahanan dan ekonomi.
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menggambarkan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar. Terdapat empat cabaran yang disenaraikan dalam kotak berwarna merah: 1. Cabaran politik antarabangsa. 2. Cabaran keselamatan & pertahanan. 3. Cabaran pembangunan ekonomi. 4. Cabaran politik serantau. Di tengah-tengah carta, terdapat teks ‘CABARAN MENGUKUHKAN DASAR LUAR’ dengan logo ‘Pandai’ di bawahnya. Anak panah menghubungkan setiap cabaran ke teks tengah.
 
Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
Cabaran Politik Antarabangsa
  • Malaysia mengamalkan dasar berkecuali apabila menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi.
  • Ini menyebabkan Malaysia menjalinkan hubungan dengan China melalui lawatan Tun Abdul Razak pada tahun 1974.
Cabaran Politik Serantau
  • Berlaku kebanjiran pendatang asing Vietnam di Asia Tenggara.
  • Malaysia turut terkesan.
  • Pada tahun 1976, Malaysia menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemunculan Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia.
  • Bagi membincangkan pergolakan di Indochina serta masa hadapan rantau Asia Tenggara.
Cabaran Keselamatan dan Pertahanan
  • Anglo-Malaysian Defence Agreement (AMDA) iaitu perjanjian antara Malaysia dengan Britain ditamatkan pada tahun 1971.
  • Berikutan, Malaysia tandatangan Five Power Defence Arrangements (FPDA) pada 15 April hingga 16 April 1971.
  • Melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan Australia.
  • Malaysia akan peroleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara melalui FPDA.
  • Malaysia bekerjasama dengan ASEAN dalam memperkuat pertahanan dan keselamatan rantau Asia Tenggara.
Cabaran Pembangunan Ekonomi
  • Malaysia menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti International Tin Council (ITC) dan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT).
  • Desakan Malaysia agar harga barangan dapat dikawal disuarakan melalui organisasi.
  • Malaysia menubuhkan PETRONAS pada tahun 1974 untuk bangunkan sektor minyak dan gas.
 
Kesimpulan
  • Perkembangan pada peringkat antarabangsa dalam ekonomi, sosial dan politik menjadi cabaran utama Malaysia.
  • Malaysia menghadapi cabaran tersebut melalui tindakan bijak yang akhirnya membawa manfaat yang besar kepada negara kita.