09-04: Malaysia dalam Komanwel

9.4 Malaysia dalam Komanwel
 
Komanwel
  • Merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.
  • Badan ini ditubuhkan untuk membina semangat setia kawan negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
  • Penyertaan dalam Komanwel memberikan manfaat yang besar kepada negara.
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Malaysia dalam Komanwel’ di bahagian atas dengan latar belakang putih. Di bawah tajuk tersebut, terdapat enam kotak berwarna merah yang mengandungi teks. Teks dalam kotak-kotak tersebut adalah seperti berikut: 1. Rancangan Colombo 2. Kerjasama Ekonomi 3. Penentangan Dasar Apartheid 4. Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel 5. Sukan Komanwel 6. Kerjasama Pertahanan Di sudut kanan bawah terdapat logo ‘Pandai’.
 
Penyertaan dan Sumbangan
Rancangan Colombo
  • Bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel.
  • Mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan, pertanian, teknikal dan kesihatan.
  • Terlibat dalam program latihan untuk kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta.
  • Memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota yang belum membangun melalui Rancangan Colombo ini.
Kerjasama Pertahanan
  • Malaysia terlibat dalam kerjasama pertahanan melalui perjanjian yang ditandatangani pada 12 Oktober 1957 antara Britain dan Tanah Melayu.
  • Perjanjian ini membolehkan Britain serta negara Komanwel memberikan komitmen terhadap pertahanan negara.
  • Kerajaan menyediakan kemudahan kepada tentera British dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel sama ada untuk obligasi Komanwel mahupun keperluan antarabangsa.
Kerjasama Ekonomi
  • Komoditi utama negara dieksport ke negara anggota Komanwel dengan lebih mudah.
  • Kadar cukai yang dikenakan lebih rendah.
  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti kemudahan kredit dan bantuan dana Komanwel.
  • Pelaburan daripada negara Komanwel.
Penentangan Dasar Aparteid
  • Malaysia menentang dasar ini.
  • Sebab dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit.
  • Hasilnya, Afrika Selatan menarik diri dari Komanwel.
Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM)
  • Diadakan dua tahun sekali.
  • Bagi membincangkan isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara anggota.
  • 1989 - Malaysia menjadi tuan rumah.
Sukan Komanwel
  • Merupakan sukan kedua tebesar di dunia.
  • Diadakan empat tahun sekali.
  • Mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota.
  • Pencapaian atlet kita, mengharumkan nama negara.
  • 1998 - Malaysia menjadi tuan rumah.
 
Dasar Aparteid
  • Merujuk pemisahan antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam yang dilaksanakan di Afrika Selatan dari tahun 1948 hingga 1999.
  • Kaum kulit hitam dianggap sebagai golongan yang mempunyai kedudukan yang rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, sosial atau politik.
  • Semua bentuk diskriminasi kaum adalah sah dari segi undang-undang bagi membolehkan kaum kulit putih mengekalkan domininasi mereka.
  • Tindakan kaum kulit putih ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.