09-03: Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)

9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)
 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 dengan matlamat mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia.
  • Malaysia menjadi anggota PBB sejak negara mencapai kemerdekaan.
  • Dr. Ismail Abdul Rahman dilantik sebagai wakil tetap ke PBB yang pertama.
  • Pelibatan Malaysia ini dilakukan dengan mendukung Piagam PBB serta menyertai agensi PBB.
 
Penglibatan Malaysia
Mendukung Piagam PBB
  • Menegakkan hak asasi manusia dan menggariskan prinsip yang antaranya berkaitan dengan pencapaian taraf hidup dan hak asasi manusia tanpa mengira kaum.
  • Konsep hormat-menghormati kedaulatan wilayah negara lain.
  • Tidak campur tangan dalam urusan hal ehwal negara lain.
Terlibat dalam Agensi PBB
  • Terlibat dengan United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization.
  • Bekerjasama dengan Food and Agriculture Organization serta World Health Organization.
  • Memberikan kebenaran kepada PBB untuk membuka pejabat United Nations High Commissioner for Refugees.
  • Menyertai Majlis Keselamatan, badan penting di PBB untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Sumbangan dalam Misi Pengaman
  • Malaysia memberi sumbangan dalam menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara berkonflik.
  • Disiplin dan kemampuan pasukan tentera Malaysia dalam menggalas tugas misi pengaman ini diakui oleh PBB.
  • Antara misi pengamannya ialah : 
    • Congo
    • Namibia
    • Somalia
    • Bosnia 
    • Herzegovina
  • Tugasnya termasuklah
    • Memastikan keselamatan penduduk.
    • Mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara.
    • Mendaulatkan undang-undang negara yang terlibat.
Misi Pegawai Pemerhati
  • Tugas pegawai pemerhati
    • Membantu pentadbiran dan pengurusan.
    • Memberikan latihan teknikal.
    • Menjadi jurubahasa.
  • Antara negara yang dibantunya ialah : 
    • Kemboja
    • Iraq
    • Bosnia
Tokoh Malaysia dalam Agensi PBB
  • Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (Doktor perubatan dan aktivis kemanusiaan)
  • Datuk Maimunah Mohd Sharif (Penjawat awam)
  • Tan Sri Razali Ismail (Tokoh diplomat)
  • Dr. Jomo Kwame Sundaran (Ahli akademik)
  • Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar (Pegawai tentera)
 
Imej ini menunjukkan empat bendera negara yang menerima Misi Pengaman Malaysia. Terdapat tajuk di bahagian atas yang berbunyi ‘Negara-negara yang Menerima Misi Pengaman Malaysia’. Keempat-empat negara yang ditunjukkan ialah Congo, Namibia, Somalia, dan Bosnia dan Herzegovina. Bendera Congo berwarna biru dengan bintang kuning di sudut kiri atas. Bendera Namibia mempunyai warna biru, merah, hijau, dan putih dengan matahari kuning di sudut kiri atas. Bendera Somalia berwarna biru dengan bintang putih di tengah. Bendera Bosnia dan Herzegovina berwarna biru dan kuning dengan segitiga putih dan bintang putih.
 
Kesimpulan
  • Malaysia merupakan antara negara yang memainkan peranan aktif dalam PBB.
  • Selain terlibat dalam persidangan PBB, negara kita juga memberikan kerjasama dan komitmen dalam usaha membantu PBB melaksanakan pelbagai agenda serta misi dunia tersebut.
  • Malaysia turut memberikan sumbangan penting dalam misi pengaman.
  • Terdapat juga warga Malaysia yang mengetuai agensi di bawah PBB.