08-05: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)

8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)
 
Pengenalan
  • Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta taraf hidup penduduk.
  • Pencapaian kedua-dua dasar ini dapat dilihat dari aspek sosial dan ekonomi.
 
Gambar ini menunjukkan carta yang bertajuk ‘Aspek Sosial.’ Carta ini mengandungi tujuh kotak berwarna merah dengan teks putih yang disusun dalam dua baris. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: 1. Penurunan Kadar Kemiskinan 2. Peningkatan Kualiti Hidup 3. Kemunculan Golongan Pertengahan 4. Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera 5. Pembangunan Pendidikan 6. Pengangkutan dan Perhubungan 7. Perkembangan Wilayah Di sudut kanan bawah gambar terdapat logo ‘Pandai.’
 
Aspek Sosial
Penurunan Kadar Kemiskinan 
  • Usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi membuka peluang pekerjaan 
  • Kerajaan menambah baik peluang rakyat mendapatkan kemudahan awam yang meningkatkan taraf dan kualiti hidup
  • Pelaksanaan DEB kurangkan kemiskinan dari 49.3 (1970) ke 17.1 (1990)
  • DPN mengurangkan 7.2 peratus pada 2000
Peningkatan Kualiti Hidup
  • Peningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik
  • Aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas
  • Penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik
  • Kualiti hidup semakin baik selepas 1990
Kemunculan Golongan Pertengahan
  • Perkembangan ekonomi menyebabkan bidang kerja (golongan pertengahan) meningkat
  • Ini menunjukkan dasar ekonomi memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup rakyat
  • Juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
  • Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujud melalui DEB dan DPN
  • Membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat
  • Muncul tokoh bumiputera dalam perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat,pemilik pelabuhan dan usahawan muda
  • Golongan ini memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin
  • Tawarkan pekerjaan dalam syarikat mereka
Pembangunan Pendidikan
  • Selepas 1990, berlaku penumbuhan institusi pendidikan dan menyebabkan munculnya graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal
  • Graduan ini diperlukan dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi
Pengangkutan dan Perhubungan
  • Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden telah merancakkan aktiviti ekonomi negara
  • Sistem pengangkutan mudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah
Perkembangan Wilayah
  • Jengka dirubuh melalui projek Segitiga Jengka oleh FELDA
  • Dinamakan segitiga untuk mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara 3 daerah, Temerloh, Maran dan Jerantut
  • Pejabat pos, hospital, bank, institusi pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan disediakan

Kilang di kawasan perindustrian :

  1. Kilang Alps
  2. Kilang Bimbingan Bank Pembangunan
  3. Bengkel kereta dan motor
 
Aspek Ekonomi
Perindustrian Berteknologi Tinggi
  • Perindustrian ini melibatkan penggunaan jentera moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar
  • The Heavy Corporations of Malaysia Berhad (HICOM) ditubuhkan pada 1980
   
Antara projek yang dilaksanakan :

  • Membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
  • Besi dan keluli (Perai, Pinang)
  • Loji gas cecair (Bintulu, Sarawak)
Kawasan Perindustrian Baharu

Estet Perindustrian

  • Dibangunkan oleh PKEN, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta
  • Dibangunkan secara bandar terancang
   
Taman Teknologi Perindustrian

  • Merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian
   
Zon Perindustrian Bebas

  • Merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif
  • Tujuannya, menarik pengusaha labur dan merangsang ekonomi
  • Digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad
Kenderaan Buatan Malaysia
  • Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia - 1983, menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motor

Industri kereta tempatan

  1. PROTON - 7.5.1983
  2. PERODUA - 1993
  3. MODENAS
   
  • Membuka peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
  • Dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup rakyat
 
Ekonomi Malaysia
  • Secara umumnya, kegiatan ekonomi meningkatkan interaksi antara pelbagai kaum di Malaysia dan menyumbang kepada perpaduan kaum dalam masyarakat.
  • Sepanjang tahun 1970 hingga tahun 2000, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang membanggakan.
  • Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatan taraf hidup rakyat.
 
Kesimpulan
  • Pelaksanaan DEB bertujuan membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
  • Kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan serta pembangunan ekonomi negara.
  • Sebagai rakyat, kita perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.
  • Selain itu, kita juga perlu menyokong dasar kerajaan demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.