08-02: Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • DEB dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang.
  • Beberapa langkah dilaksanakan berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
  • Antaranya termasuklah meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkenalkan Rancangan Buku Hijau, memperkasakan peranan agensi kerajaan, pembangunan tanah oleh FELDA, pembangunan wilayah, pemilikan modal saham, pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pendidikan untuk tenaga kerja mahir.
 
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
  • Luar Bandar
    • Tumpuan diberi kepada petani, pekebun getah, nelayan dan buruh.
    • Kegiatan Gerakan Koperasi diamalkan.
    • Antara program yang dilaksanakan adalah penerokaan tanah baharu, bantuan .peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang.
  • Bandar
    • Kerajaan memajukan perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan yang banyak.
    • Untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum.
    • Menyediakan kemudahan asas seperti air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, pendidikan, buku teks percuma dan program rumah murah.
Rancangan Buku Hijau
  • Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974.
  • Bermatlamat untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan.
  • Memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya.
  • Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain.
Peranan Agensi Kerajaan 
  • Ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat.
  • Untuk membuka peluang pekerjaan.
  • Antara agensinya ialah : 
    • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
    • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah / Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) dan Pembangunan Tanah 
  • Penduduk luar bandar yang miskin dipindah ke FELDA.
  • Diberi tanah seluas 10 ekar.
  • Terdapat kemudahan seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA.
  • FELDA menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.
  • Di Sabah, FELDA dengan Yayasan Sabah bekerjasama dan membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat dan Felda Umas.
  • FELDA kerjasama dengan Sarawak untuk pembukaan ladang kelapa sawit.
Pembangunan Wilayah
  • Program pembangunan wilayah : 
    • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
    • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
    • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Pemilikan Modal Saham
  • Untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat.
  • Untuk wujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978.
  • Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
  • IKS yang berjaya :
    • Best Farm Co.
    • Nurul Food Industry Enterprise
    • Ramly Food Processing SDN BHD
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad dan Bank Pertanian Malaysia.
Pendidikan Tenaga Kerja Mahir
  • Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan menengah dibahagikan ke akademik dan vokasional.
  • Sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik dan UTM ditubuhkan.
  • Ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir.
 
Imej ini menunjukkan carta yang bertajuk ‘Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)’. Terdapat logo ‘Pandai’ di sudut kiri atas. Carta ini mengandungi lapan kotak berwarna merah yang disusun dalam dua baris. Setiap kotak mengandungi teks berwarna putih yang menerangkan komponen-komponen DEB. Komponen-komponen tersebut adalah: 1. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat 2. Rancangan Buku Hijau 3. Peranan Agensi Kerajaan 4. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 5. Pembangunan Wilayah 6. Pemilikan Modal Saham
 
Penubuhan Yayasan Sabah
  • Ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Sabah dan mewujudkan peluang bagi pengagihan kekayaan ekonomi yang seimbang dalam kalangan rakyat Sabah.
  • Kini, Yayasan Sabah meluaskan operasinya yang meliputi perladangan agro, perkapalan, pembangunan hartanah, industri makanan, perikanan dan industri minyak. 
 
Penubuhan Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA)
  • Ditubuhkan pada tahun 1976 serta terlibat dalam aktiviti perhutanan, perladangan dan pertanian.
  • Ladang kelapa sawit diusahakan di wilayah Bau-Lundu, Serian, Sri Aman, dan Saratok-Saribas, Sarawak.