07-04: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

7.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 
Kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk bagi mewujudkan perpaduan negara dan integrasi nasional melalui aspek kesenian dan kebudayaan.
  • Dasar ini menjadi garis panduan masyarakat bagi membentuk dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia.
 
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Dasar Kebudayaan Kebangsaan’ di bahagian atas dengan bingkai hiasan di sekelilingnya. Di bawah tajuk terdapat enam kotak berwarna merah dengan teks putih. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: ‘Sejarah Pembentukan’, ‘Matlamat Pembentukan’, ‘Citawarna Malaysia’, ‘Prinsip Utama’, ‘Agensi Pelaksana’, dan ‘Penggiat Budaya’. Di sudut kanan bawah imej terdapat logo ‘Pandai’.
 
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
Sejarah Pembentukan
  • Digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.
  • Dianggap sebagai Kongres Rakyat 1956.
  • Dirasmikan oleh Tun Abdul Razak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Prinsip Utama
  • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang DKK.
  • Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting.
  • Islam jadi unsur penting dalam pembentukan DKK.
Matlamat Pembentukan
  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Agensi Pelaksana
  • Melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan.
  • Dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Majlis Kebudayaan Negeri, Istana Budaya serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Citawarna Malaysia
  • Dianjurkan pada tahun 1999 untuk mempromosikan pelancongan.
  • Antara program yang diadakan memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia.
  • Diadakan pada bulan Mei setiap tahun.
Penggiat Budaya
  • Melahirkan ramai tokoh.
  • Tokoh ini berikan sumbangan yang besar kepada proses membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa.
  • Menggalakkan penghasilan karya seni tempatan yang bermutu tinggi dan memartabatkan khazanah asli negara.
 
Kongres Kebudayaan Kali Kedua
  • Diadakan di UKM pada 15 April 2017.
  • Antara resolusi kongres tersebut termasuklah
    • Memperkasakan Kebudayaan Nasional sebagai identiti bangsa.
    • Menyemarakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
    • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
    • Mengukuhkan Rukun Negara sebagai tiang seri negara bangsa.
    • Pendidikan sebagai alat penyatuan bangsa.