07-01: Perpaduan dan Integrasi Nasional

7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional
 
Maksud Perpaduan dan Integrasi Nasional
Perpaduan Kaum
  • Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.
  • Memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Integrasi Nasional
  • Merupakan satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.
  • Mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
 
Latar Belakang Hubungan Kaum
Pentadbiran
  • Pentadbiran British memisahkan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan.
  • Menyukarkan setiap kaum memahami adat resam dan budaya kaum lain.
  • Antara faktor yang menjadi punca kepada masalah perpaduan :
    • Kesan pentadbiran
    • Kegiatan Ekonomi dan Petempatan
    • Sistem Pendidikan
    • Fahaman Politik
Imej ini menunjukkan tajuk ‘faktor-faktor yang Menyumbang Kepada Masalah Perpaduan’ di bahagian atas. Di bawah tajuk ini terdapat empat kotak berwarna merah dengan teks putih di dalamnya. Setiap kotak mengandungi faktor yang berbeza: 1. Kotak pertama: ‘Kegiatan Ekonomi dan Petempatan’ 2. Kotak kedua: ‘Sistem Pendidikan’ 3. Kotak ketiga: ‘Kesan pentadbiran’ 4. Kotak keempat: ‘Fahaman Politik’ Di sudut kanan bawah, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Politik
  • Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN.
    • Jabatan ini mendraf Rukun Negara.
  • Majlis Muhibah Negara (18 Julai 1969).
    • Majlis ini bertujuan menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum.
  • Majlis Perundingan Negara (29 Januari 1970).
    • Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional.
    • Bertujuan memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat.
  • Membentuk parti politik pelbagai kaum.
    • Mewujudkan keharmonian dan kestabilan politik selepas peristiwa 13 Mei 1969.
  • Menyelaraskan perkhidmatan awam.
    • Mewujudkan integrasi antara negeri.
Ekonomi
  • Meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
    • Memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi semua kaum.
  • DEB dan DPN
    • Untuk kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.
    • Pembangunan melalui rancangan pembangunan tanah yang mampu menambah pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan.
  • Zon Perindustrian Bebas
    • Memajukan bidang perindustrian dan perdagangan.
Sosial
  • Menambah baik Dasar Pendidikan Kebangsaan.
    • Bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet & Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
    • Mengukuhkan sistem pendidikan.
    • Melahirkan rakyat yang patriotik dan mempunyai semangat cinta akan negara.
  • Akta Bahasa Kebangsaan
    • Memperkasakan bahasa Melayu sebagai kebangsaan.
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Sebagai pusat ilmu dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menyebar luas penggunaan bahasa kebangsaan.