06-05: Tragedi Hubungan antara Kaum

6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum
 
Pengenalan
  • Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, selepas Pilihan Raya Umum Ketiga.
  • Keputusan pilihan raya menyebabkan berlaku ketegangan antara penyokong parti politik.
  • Ini mencetuskan rusuhan antara kaum.
 
Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Rusuhan Kaum
  • Kesan ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial di negara kita.
  • Terdapat parti politik mengeksploitasi isu yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum semasa berkempen Pilihan Raya Umum Ketiga 1969.
  • PKM mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan.
  • Sentimen perkauman dan keagamaan digunakan untuk memperoleh sokongan.
  • Perarakan kemenangan pilihan raya tidak terkawal menimbulkan kekacauan.
 
Imej ini menunjukkan tiga langkah yang diambil untuk mengatasi masalah peristiwa 13 Mei 1969. Terdapat tiga kotak berwarna merah dengan teks di dalamnya. Kotak pertama bertulis ‘Darurat,’ kotak kedua bertulis ‘Peranan Raja,’ dan kotak ketiga bertulis ‘Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).’ Di bahagian atas imej, terdapat teks yang berbunyi ‘Langkah yang Diambil bagi Mengatasi Masalah Peristiwa 13 Mei 1969.’ Di sudut kanan bawah, terdapat logo ‘Pandai.’
 
Langkah yang Diambil bagi Mengatasi Masalah Peristiwa 13 Mei 1969
Darurat
  • Pengisytiharan darurat pada 16 Mei 1969 
  • Antara perkara yang diputuskan:
    • Perlembagaan digantung manakala Parlimen ditangguh
    • Wujudkan pusat perlindungan di beberapa tempat
    • Semua berita daripada pihak media ditapis
    • Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
  • Pengerusi - Tun Abdul Razak
  • Antara tanggungjawab MAGERAN :
    • Mengembalikan keamanan dan undang - undang
    • Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara
    • Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara
    • Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948
Peranan Raja
  • Semasa rusuhan kaum, Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II, menasihati rakyat menjaga keamanan
  • Pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak menubuhkan Jawatankuasa Muhibah
  • Menulis surat merayu penduduk agar bertenang dan membantu negara mengekalkan keamanan
  • Raja minta rakyat agar bertenang dan mematuhi undang-undang