06-01: Cabaran Dalaman Malaysia

6.1 Cabaran Dalaman Malaysia
 
Pengenalan
  • Pembentukan Malaysia membuktikan kejayaan Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri.
  • Walau bagaimanapun, negara terpaksa berhadapan dengan cabaran dalaman kerana mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik.
  • Pada masa yang sama, negara perlu mewujudkan keseimbangan pembangunan dan sosioekonomi.
  • Cabaran utama bagi Malaysia adalah dalam bidang pembangunan dan ekonomi terutama di Sarawak dan Sabah.
 
Cabaran
  • Malaysia juga menghadapi cabaran dalam persaingan politik yang boleh menggugat perpaduan kaum.
  • Ancaman komunis turut menjadi cabaran bagi mewujudkan keamanan dan keselamatan negara.
  • Kerajaan Persekutuan telah memainkan peranan utama dalam menghadapi cabaran berkenaan.
 
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Cabaran yang Dihadapi oleh Malaysia’ di bahagian atas dengan latar belakang coklat muda. Di bawah tajuk tersebut, terdapat tiga kotak merah dengan teks putih yang menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Cabaran-cabaran tersebut adalah: 1. Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah 2. Cabaran Politik Sarawak 3. Cabaran Perpaduan Kaum Di sudut kanan bawah imej, terdapat logo ‘Pandai’.
Cabaran yang Dihadapi oleh Malaysia
Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah
  • Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi
    • Sarawak dan Sabah mengamalkan pertanian sara diri.
    • Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial dan membuka peluang kepada penduduk menyertai kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum.
  • Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
    • Saiz negeri yang besar mencabar Sabah dan Sarawak dalam bidang perhubungan dan pengangkutan.
    • Bergantung pada sistem pengangkutan air bagi tujuan perhubungan.
    • Kerajaan bina sistem perhubungan dan pengangkutan terutama untuk kawasan pedalaman.
    • Malaysia usaha untuk menyeimbangkan pembangunan melalui Rancangan Pembangunan Lima.
    • Sarawak dan Sabah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama pada 1966.
  • Memajukan Sistem Pendidikan
    • Sekolah vernakular Inggeris dan Cina yang berada di bandar.
    • Usaha ditumpukan untuk membina sekolah dan melatih tenaga guru bagi memberikan pendidikan kepada penduduk pedalaman, khususnya kaum bumiputera.
Cabaran Politik Sarawak
  • Krisis perlembagaan berlaku pada Jun 1966, apabila 21 orang ahli Council Negri tidak puas hati dengan kepimpinan Stephen Kalong Ningkan.
  • Dipecat oleh Gabenor pada Jun 1966.
  • Stephen Kalong membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sarawak dan menang pada September 1966.
  • Kembali sebagai Ketua Menteri, namun mendapat undi tidak percaya dari Council Negri.
  • Ini hasilkan ketidakstabilan di Sarawak yang mengancam keselamatan dan keamanan.
  • Pada September 1966 darurat diisytiharkan.
  • Stephen Kalong digantikan dengan Tawi Sli.
Cabaran Perpaduan Kaum
  • Mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Melanau, Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut dan Bajau.
  • Jarak yang jauh dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah.