04-03: Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri’ di bahagian atas. Di bawah tajuk, terdapat empat kotak berwarna merah dengan teks putih di dalamnya. Kotak-kotak tersebut mengandungi tulisan berikut: 1. Pembangunan Sosioekonomi 2. Pemuliharaan Khazanah Negara 3. Penyediaan Perumahan Rakyat 4. Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara Di sudut kanan bawah imej, terdapat logo dengan perkataan ‘Pandai’.
Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
Pembangunan Tanah
  • Pada tahun 1956 FELDA ditubuhkan.
  • FELDA mendorong penubuhan Federal Land Consolidation Rehabilitation Authority (FELCRA) dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada tahun 1966.
Pembangunan Wilayah
  • Kerajaan Persekutuan membuka kawasan lebih luas untuk membangunkan wilayah baru.
  • Agensi pembangunan :
    • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
    • Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
    • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
    • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
    • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
    • Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)
    • Lembaga Penyatuan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA)
    • Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)
Pembangunan Koridor Wilayah
  • Merupakan perancangan strategik jangka panjang.
  • Memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat.
  • Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah.
 
Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara
Pengurusan Taman Negara
  • Pengurusan hidupan liar dan taman negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Negeri
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972(Akta 76) diwujudkan pada tahun 1972
  • Pada tahun 2010, Akta 76 diganti dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
  • Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua PERHILITAN Semenanjung Malaysia
  • Pengurusan Sarawak - Perbadanan Perhutanan Sarawak
  • Pengurusan Sabah - Jabatan Hidupan Liar Sabah
Pengurusan Taman Laut
  • Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut.
  • Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau.
  • Pada tahun 2007, Jabatan Taman Laut Malaysia ditubuhkan.
  • Pada tahun 2018, pengurusan taman laut dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Perairan Sabah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui agensinya, iaitu Taman-Taman Sabah.
 
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat
Perumahan Awal Kemerdekaan
  • Menyediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar.
  • Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964 untuk menggiatkan usaha menyediakan perumahan kos rendah.
  • Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah.
Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan
  • Kerajaan Persekutuan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun 1997 untuk membina perumahan awam di seluruh negara.
  • Kerajaan Negeri tubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak untuk membina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah.
  • Juga memperkenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).
Perumahan Mampu Milik
  • Program peringkat Persekutuan
    • Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
    • Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Program peringkat negeri
    • Rumah Selangorku 
    • Rumah Mampu Milik Johor
 
Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang di Sarawak
  • Dengan ancaman komunis Tun Abdul Razak Hussein (Pengerusi Majlis Keselamatan Negara) isytihar Bahagian ke 3 sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) / Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972.
  • Ketua Menteri Sarawak - Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM.
  • Bertanggungjawab menyelaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
  • Menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013.
  • Misi ESSCOM - meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan.