03-03: Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan

3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
 
Pengenalan
  • Raja Berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara apabila Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi beraja.
  • Institusi beraja ini terdiri daripada institusi Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan institusi Yang di-Pertuan Agong pada peringkat persekutuan.
 
Institusi Yang di-Pertuan Agong
  • Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas kemerdekaan pada 1957
  • Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan , Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan
  • Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut dikenalkan
 
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
  • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara
  • Keutamaan Kedudukan dalam Persekutuan:
    1. Yang di-Pertuan Agong
    2. Raja Permaisuri Agong
    3. Raja-raja dan Pemangku Raja
    4. Yang di-Pertua bagi Negeri-Negeri
    5. Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan
    6. Perdana Menteri
    7. Timbalan Perdana Menteri
 
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
\(\swarrow\) \(\downarrow\) \(\searrow\)
Kuasa Eksekutif Kuasa Perundangan Kuasa Kehakiman
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang bertajuk ‘Kuasa Yang di-Pertuan Agong.’ Terdapat tiga kotak di bawah tajuk tersebut yang masing-masing mengandungi teks berikut: ‘Kuasa Eksekutif,’ ‘Kuasa Perundangan,’ dan ‘Kuasa Kehakiman.’ Di sudut kanan bawah imej terdapat logo Pandai. Latar belakang imej berwarna putih.
Kuasa Eksekutif
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
  • Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri
  • Baginda dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-Menteri, Timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara
Pelantikan Jawatan Penting
  • Melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara
  • Melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera
Ketenteraan
  • Pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia
  • Dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera 
Diplomatik
  • Melantik diplomat Malaysia ke luar negara
  • Menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia
 
Kuasa Perundangan
Persidangan Parlimen
  • Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang
  • Berkuasa untuk memberhentikan dan membubarkan Parlimen
Agama
  • Merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah
Hak dan keistimewaan
  • Bertanggungjawab menjaga serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
  • Melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia
Pengisytiharan Darurat
  • Yang di-Pertuan Agong  boleh membuat pengisytiharan darurat
  • Yang di-Pertuan Agong  boleh mengisytiharkan darurat bila wujud keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara
 
Kuasa Hakiman
Kuasa Kehakiman
  • Yang di-Pertuan Agong melantik Mahkamah Atasan atas nasihat Perdana Menteri, ditimbangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Eksekutif dan berunding dengan Majlis Raja-Raja
  • Hakim Mahkamah Atasan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi
Kuasa Pengampunan
  • Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
  • Baginda akan bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan
  • Baginda berkuasa mengampunkan, menangguhkan, meringankan hukuman oleh Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah Melaka, P. Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan