02-04: Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
 
Pengenalan
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Singapura.
  • Pindaan perlembagaan yang dilakukan bertujuan menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada.
  • Terdapat beberapa pindaan perlembagaan yang utama dilakukan pada tahun 1963 dan 1965 melibatkan struktur Mahkamah Atasan dan pemisahan Singapura.
 
Pindaan Perlembagaan 1963
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda selepas pembentukan Malaysia.
  • Pindaan yang dibuat adalah dengan cara memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa.
  • Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertuan Negeri.
 
Gambar ini menunjukkan carta alir yang bertajuk ‘Pindaan Perlembagaan 1963’. Carta ini mempunyai tiga kotak yang dihubungkan dengan anak panah dari tajuk utama. Kotak pertama di sebelah kiri bertulis ‘Struktur Mahkamah Atasan’. Kotak kedua di tengah bertulis ‘Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo’. Kotak ketiga di sebelah kanan bertulis ‘Jawatan Yang di-Pertua Negeri’. Di sudut kanan bawah gambar terdapat logo Pandai.
Pindaan Perlembagaan 1963 Penjelasan
Struktur Mahkamah Atasan
  • Mengikut model Mahkamah Tertinggi England yang bahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
  • Mahkamah Atasan diwujudkan di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta Singapura.
  • Boleh mendengar persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo
  • Mahkamah Tinggi Borneo untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah.
  • Jawatan Ketua Hakim Borneo (1963) diwujudkan berpusat di Kuching, Sarawak.
  • Pada tahun 1994, nama jawatan diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah.
Jawatan Yang di-Pertua Negeri
  • Semasa Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertua Agong.
  • Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah.
 
Pindaan Perlembagaan 1965
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965.
  • Diluluskan oleh Parlimen agar Singapura dapat keluar daripada Malaysia.
  • Perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965) seperti imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan.
 
Kesimpulan
  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.
  • Perlembagaan menjadi panduan penting bagi negara menjelaskan kuasa dalam setiap perkara.
  • Negara kita juga mengalami pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965.