Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan
Kembali
01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan
1.4
Langkah Mempertahankan Kedaulatan
Mempertahankan Kedaulatan
Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan politik, serta kemakmuran ekonomi, mengekalkan perpaduan kaum, memupuk patriotisme dan mengukuhkan pertahanan negara.
Kerjasama ini penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan demi kemajuan dan kesejahteraan negara.
Warganegara
Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
Pemerintah
Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
Memastikan agihan sumber kekayaan negeri secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi.
Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan.
Rakyat
Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua.
Mematuhi undang-undang negara.
Warganegara
Mengekalkan Perpaduan Kaum
Pemerintah
Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan.
Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum.
Rakyat
Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang menjamin perpaduan kaum.
Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum.
Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia.
Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum.
Maksud Patriotisme
Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara.
Sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya.
Warganegara
Memupuk Patriotisme
Pemerintah
Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara.
Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara.
Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media.
Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan.
Rakyat
Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang dan lagu
Negaraku.
Menyanjungi imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi.
Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Warganegara
Mengukuhkan Pertahanan Negara
Pemerintah
Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara.
Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa.
Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara.
Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa.
Rakyat
Peka terhadap isi keselamatan negara.
Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara.
Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
Kesimpulan
Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang membolehkan kerajaan melaksanakan kawalan pemerintahan dan pentadbiran.
Ciri negara berdaulat menjadikan negara kita sebuah negara yang stabil dan kukuh.
Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memastikan negara tetap terpelihara.
Kedaulatan negara diperkukuh melalui pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan perlembagaan.

Bab : Kedaulatan Negara
Topik : Langkah mempertahankan Kedaulatan
Tingkatan 5
Sejarah
Lihat semua nota bagi Sejarah Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
01-01: Konsep Kedaulatan
01-02: Ciri Negara yang Berdaulat
01-03: Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
02-01: Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
02-02: Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
02-03: Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
02-04: Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
03-01: Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
03-02: Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
03-03: Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Laporkan nota ini
Tebus eVoucher
Tebus ganjaran untuk meghargai kerja keras anda
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun