01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan

1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
 
Mempertahankan Kedaulatan
  • Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting bagi mempertahankan kedaulatan negara.
  • Pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan politik, serta kemakmuran ekonomi, mengekalkan perpaduan kaum, memupuk patriotisme dan mengukuhkan pertahanan negara.
  • Kerjasama ini penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan demi kemajuan dan kesejahteraan negara.
 
Gambar ini menunjukkan peta minda dengan tajuk ‘LANGKAH-LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN’ di tengah. Terdapat empat kotak berwarna coklat muda yang dihubungkan dengan anak panah ke tajuk utama. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: 1. ‘Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi’ 2. ‘Mengekalkan Perpaduan Kaum’ 3. ‘Mengukuhkan Pertahanan Negara’ 4. ‘Memupuk Patriotisme’
 
Warganegara Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
Pemerintah
  • Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
  • Memastikan agihan sumber kekayaan negeri secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi.
  • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan.
Rakyat
  • Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
  • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
  • Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua.
  • Mematuhi undang-undang negara.

Warganegara Mengekalkan Perpaduan Kaum
Pemerintah
  • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan.
  • Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum.
Rakyat
  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang menjamin perpaduan kaum.
  • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum.
  • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia.
  • Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum.

Maksud Patriotisme
  • Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara.
  • Sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya.
 
Warganegara Memupuk Patriotisme
Pemerintah
  • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara.
  • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara.
  • Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media.
  • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan.
Rakyat
  • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku.
  • Menyanjungi imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi.
  • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Warganegara Mengukuhkan Pertahanan Negara
Pemerintah
  • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara.
  • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa.
  • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan  pasukan pertahanan negara.
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa.
Rakyat
  • Peka terhadap isi keselamatan negara.
  • Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
  • Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara.
  • Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Kesimpulan
  • Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang membolehkan kerajaan melaksanakan kawalan pemerintahan dan pentadbiran.
  • Ciri negara berdaulat menjadikan negara kita sebuah negara yang stabil dan kukuh.
  • Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memastikan negara tetap terpelihara.
  • Kedaulatan negara diperkukuh melalui pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan perlembagaan.